Sunday, 19th May 2024 
Font Size :
logo-ofa

Laporan Program Kembara Memorial 1Malaysia Bersama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah

Arkib Negara Malaysia melalui Bahagian Arkib Negarawan dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah telah mengadakan Program Kembara Memorial 1Malaysia bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada 8 September 2012. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs En Ihsan Haji Hassan, Pengarah Arkib Negarawan, Arkib Negara Malaysia.

Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari MRSM Alor Gajah, MRSM Terendak, MRSM Pontian, MRSM Gemencheh, MRSM Serting dan Sekolah Menengah Kebangsaan Naning, Melaka telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan peluang kepada para pelajar mengenali dan menghargai jasa-jasa tokoh negarawan, mengenali tempat-tempat bersejarah di sekitar Melaka selain untuk meningkatkan pembangunan jati diri para pelajar.

Program Kembara berbentuk “Explore Race” ini telah memberi ruang dan peluang kepada setiap peserta untuk menerokai beberapa tempat bersejarah di sekitar kawasan tapak bersejarah di Banda Hilir Melaka seperti Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan Kota A Famosa. Aktiviti sampingan seperti mencari Jalur Gemilang tersembunyi, menjawab soalan kuiz serta menyelesaikan puzzle tokoh-tokoh negarawan turut menyemarakkan lagi program kembara ini.
Privacy Policy | Security Policy | Terms and Conditions |
The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as companies recommended by the National Archives of Malaysia
Best viewed in Chrome , Mozilla Firefox 3.0 & IE 9.0 and above with 1024x768 resolution.
Total visitor
190028 (19)