Tuesday, 3rd October 2023 
Font Size :
logo-ofa

OFA

Online Finding Aids : Bukti ANM Memacu Ke Hadapan

Pembangunan Aplikasi Online Finding Aids (OFA) awalnya telah bermula dengan Kertas Cadangan Projek Panducari Online yang disediakan oleh Seksyen Panduan pada 14 Januari 2005, disusuli dengan Jawatankuasa Panducari Online pada tahun 2008 yang diketuai oleh Dr. Hjh Samsiah Muhamad dan kini direalisasikan melalui salah satu skop Projek MyCreative Content (MyCC).

Perlaksanaan Projek MyCC bermula pada penghujung tahun 2011, dengan empat skop utama iaitu Pendigitalan Bahan Arkib Dokumen, Pendigitalan Bahan Arkib Audio Visual, Naik Taraf Pusat data dan Pembangunan Aplikasi OFA. Pembangunan Aplikasi OFA ini pula dipecahkan kepada enam aktiviti utama iaitu pembangunan modul Panducari, integrasi data antara aplikasi OFA dengan data daripada aplikasi Computerised Archival System (COMPASS), Archival Management System (AMS) dan Media Aset Management System (MAMS), pembangunan modul penempahan bahan dalam talian, pembangunan modul pembayaran dalam talian, pembangunan modul pemuliharaan format digital dan pengubahsuaian aplikasi COMPASS dan MAMS.

Setelah keempat-empat skop MyCC ini tamat pada Mac 2013, kesemua 3,400,000 mukasurat bahan arkib dan terbitan serta 2,242 jam bahan arkib audio visual berbentuk digital yang disimpan dalam Pusat Data berteknologi tinggi akan boleh diakses terus melalui aplikasi OFA.  Penggunaan OFA membolehkan capaian bahan arkib kini tersedia diakses oleh segenap lapisan masyarakat tanpa had waktu, tempat dan ketika. Penyelidik dalam mahupun luar negara boleh terus menggunakan OFA semasa melayari Portal ANM pada bila-bila masa. Berbeza dengan penggunaan COMPASS dan COMPASSWeb, aplikasi OFA menggunakan paparan muka dan tatacara carian yang sama bagi memudahkan penyelidik.

Tidak berhenti setakat memberikan akses kepada bahan arkib, ANM kini berupaya memberi perkhidmatan tempahan awal bahan melalui OFA. Penyelidik diberi kemudahan untuk membuat tempahan seawal 3 hari sebelum datang membuat penyelidikan. Ini dapat mempercepatkan proses penyelidikan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan tempoh penantian bahan. Bagi penyelidik yang tidak berkesempatan mengunjungi ANM mahupun penyelidik di alam maya, ANM memberikan perkhidmatan yang mengunjungi bukan sekadar memberikan akses c,  bukan sekadar maklumat metadata sahaja malah imej berbentuk digital dapat dilihat, ditempah dan seterusnya dibeli.

  Penggunaan OFA di masa hadapan juga membolehkan satu carian berpusat dilakukan dengan mudah bagi semua jenis bahan arkib. Ini berikutan keupayaan OFA untuk membuat carian berpusat antara sistem COMPASS, AMS dan MAMS yang digunakan untuk menyimpan bahan arkib mengikut jenis dan format yang berbeza.
Melalui OFA, ANM berjaya membina dan membangunkan projek panducari Online yang sofistikated dan menarik minat penyelidik dan orang awam. Penyenaraian bahan arkib bagi setiap koleksi dibuat secara menyeluruh mengikut kumpulan. Penyenaraian dan pendeskripsian bahan juga dibuat mengikut level of description (ISAD(G): General International Standard Archival Description).

Privacy Policy | Security Policy | Terms and Conditions |
The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as companies recommended by the National Archives of Malaysia
Best viewed in Chrome , Mozilla Firefox 3.0 & IE 9.0 and above with 1024x768 resolution.
Total visitor
166131 (40)