Online Finding Aid
Dasar Privasi
Arkib Negara Malaysia komited untuk memastikan Dasar Privasi ini dipatuhi mengikut standard keselamatan tertinggi dan kerahsiaan maklumat. Dasar Privasi ini adalah bagi penggunaan dan perlindungan ke atas sebarang maklumat yang diberikan. Kedua-dua pihak bertanggungjawab melindungi data peribadi yang didaftarkan. Ciri-ciri perlindungan yang dimaksudkan adalah:- Nama pengguna dan kata laluan
Setiap pengguna akan mempunyai ID Pengguna dengan kata laluan unik untuk mengakses akaun mereka sendiri. Tanpa pengenalan diri yang sah, pengaksesan kepada aplikasi ini adalah dinafikan. ID Pengguna adalah alamat e-mel yang didaftarkan manakala kata laluan didaftar menggunakan kombinasi abjad, nombor dan simbol (8 – 12 aksara). - Data peribadi pengguna
Semua maklumat peribadi yang diberikan semasa pendaftaran adalah untuk kegunaan rasmi Arkib Negara Malaysia sahaja.
Sebarang pindaan kepada Dasar Privasi ini akan dikemas kini dan berkuatkuasa serta-merta.