Khamis, 14 Disember 2017 
Saiz Font :
logo-ofa

Soalan Lazim

Pembayaran

Apakah kaedah pembayaran yang boleh dibuat?
Pembayaran boleh dibuat secara:

  1. Pembayaran dalam talian
    • Kad Kredit
    • FPX (HL online, Maybank, Bank Islam, PBeBank, CIMB Clicks)
  2. Pembayaran di Dewan Penyelidikan
    • Kad Kredit
    • FPX (HL online, Maybank, Bank Islam, PBeBank, CIMB Clicks)
    • Tunai (Dewan Penyelidikan,Arkib Negara)

Apakah Rekod Yang Tersimpan Di Arkib Negara?

Arkib Negara berperanan sebagai penyimpan dan pemelihara rekod rasmi, rekod persendirian, serta bahan memorial dan pustaka. Koleksi bahan arkib terdiri daripada Fail, Penerbitan, Surat Khabar/Majalah, Surat perjanjian, Bahan-bahan pandang dengar, Arkib Diraja, Surat Persendirian, Rekod dan arkib Persendirian, Mikrofilem, Gambar, Peta, Pelan dan Carta.

Pendaftaran

Mengapakah saya perlu mendaftar?
Pendaftaran adalah wajib /mandatori untuk memperolehi nombor penyelidik bagi membolehkan anda membuat pembelian, melihat paparan bagi bahan dokumen,
bahan audio dan video serta menggunakan kemudahan di Dewan Penyelidikan.

Bagaimana untuk mendaftar?
Tekan butang ‘Pendaftaran Baharu’ di sudut atas sebelah kanan dan isikan maklumat yang dikehendaki. Pengesahan pendaftaran berserta nombor penyelidik akan dihantar ke alamat emel anda.

Bagaimanakah sekiranya terlupa kata laluan?
Anda perlu klik pada ‘Terlupa Katalaluan’ untuk pendaftaran katalaluan baharu. Pengesahan pendaftaran katalaluan baharu akan dihantar ke emel penyelidik berdaftar.

Pelanggan Arkib

Bagaimana menjadi pelanggan?
Klik pada butang ‘Pelanggan Baharu’ untuk melanggan. Pengguna bedaftar boleh melanggan dengan membayar yuran langganan. Rujuk Peraturan-peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005 Pindaan 2012. Tempoh sah langganan adalah selama setahun. Pembaharuan langganan boleh dibuat apabila tempoh sah langganan tamat.

Kelebihan melanggan?
Dengan menjadi pelanggan Arkib anda berpeluang untuk melihat paparan penuh bagi bahan dokumen dalam format PDF, 120 saat bagi bahan audio dan 90 saat bagi bahan video serta boleh membuat pembelian salinan bahan secara dalam talian melalui keputusan carian yang telah dibuat.

Tempahan

Bolehkah pelanggan arkib menempah fizikal bahan yang masih dalam bentuk analog untuk dirujuk di Dewan Penyelidikan?
Ya

Bagaimanakah membuat tempahan bahan arkib yang masih dalam bentuk analog?
Klik butang ‘Tempah’ pada bahan yang telah dipilih. Senarai bahan analog yang dipilih boleh dilihat pada skrin ‘Ingin Beli’. Pengesahan tempahan akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan.

Bilakah tempahan boleh dibuat?
Bahan dokumen : 3 hari sebelum bahan dirujuk.
Bahan audio : 5 hari sebelum bahan dirujuk.
Bahan video dan filem : 14 hari sebelum bahan dirujuk.

Berapakah Jumlah bahan yang boleh ditempah pada suatu masa?
Jumlah bahan yang boleh ditempah dalam satu-satu masa adalah sebanyak 5 tajuk sahaja.

Dimanakah bahan yang ditempah boleh dirujuk?
Bahan yang telah ditempah boleh dirujuk di Dewan Penyelidikan mengikut lokasi bahan fizikal.

Bolehkah pelanggan arkib melanjutkan tempoh rujukan bahan di Dewan Penyelidikan?
Ya

Berapa lamakah tempoh lanjutan rujukan ke atas bahan boleh dibuat?
Tiga (3) hari dari tarikh bahan diambil (rujuk)

Pembelian

Apa itu pembelian?
Pembelian adalah proses membeli salinan pendua bahan arkib secara dalam talian.

Bagaimanakah hendak membuat pembelian?
Klik butang ‘Beli’ pada senarai bahan yang dipilih. Pengesahan bahan perlu dibuat di dalam senarai ‘Ingin Beli’. Bahan yang telah dibuat pengesahan akan tersenarai secara automatik di dalam ‘Shopping cart’. Jumlah harga bahan dan kadar pos penghantaran akan dipaparkan. Klik butang ‘Teruskan’ untuk paparan skrin pembayaran.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
59048 (1)