Sabtu, 27 April 2024 
Saiz Font :
logo-ofa

Terma Dan Syarat Tempahan Arkib Awam

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca, difahami dan dipersetujui sebelum permohonan tempahan arkib awam dikemukakan mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) danPeraturan Dewan Penyelidikan yang telah ditetapkan:

Tempahan”bermaksud:

1) Permohonan pinjamanarkib awam semasa di dewan penyelidikan.
2) Permohonan pinjamanarkib awam sebelum hadir ke dewan penyelidikan.

Rizab” bermaksud perkhidmatan simpansementara arkib awam.

  1. Syarat Tempahan Arkib Awam Di Dewan Penyelidikan :
    1. Tempahan dibenarkan kepada pengguna yang telah berdaftar sahaja.
    2. Tempahan yang dilakukan di dalam dewan penyelidikan, dihadkan kepada 10 unit arkib awam sahajapada satu masa.
    3. Tempahan secara manual dihadkan kepada 5 unit arkib awam sahaja pada satu masa.
    4. Arkib awam yang masih perlu dirujuk boleh disimpan sementara selama 3 hari berkerja dari tarikh dipohon.
  2. Syarat Tempahan Arkib Awam Dalam Talian:
    1. Tempahan arkib awam hanyadibenarkan kepada penyelidik berdaftar sahaja
    2. Hanya 3 unit arkib awam (belum didigitalkan) sahaja yang boleh dipohon pada satu masa
    3. Dokumen yang belum didigitalkan boleh dipohon untuk dirizab selama 3 hari berkerja sebelum hadir di Dewan Penyelidikan.
    4. Bahan audio dan video yang belum didigitalkan boleh dipohon untuk dirizab selama 5 hari berkerja sebelum hadir di Dewan Penyelidikan PPPAV.
    5. Bahan filem yang belum didigitalkan boleh dipohon untuk dirizab selama 14 hari berkerja sebelum hadir di Dewan Penyelidikan
  3. Pembatalan:
    1. Tempahan boleh dibatalkan oleh penyelidik berdaftar dalam masa 24 jam selepas tempahan.
    2. Tempahan akan dibatalkan sekiranya penyelidik berdaftar tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
187244 (32)