Ahad, 28 April 2024 
Saiz Font :
logo-ofa

Online Finding Aid

Soalan Lazim

Pembayaran

Apakah kaedah pembayaran yang boleh dibuat?
Pembayaran boleh dibuat secara:

  1. Pembayaran dalam talian
    • Kad Kredit
    • FPX (HL online, Maybank, Bank Islam, PBeBank, CIMB Clicks)
  2. Pembayaran di Dewan Penyelidikan
    • Kad Kredit
    • FPX (HL online, Maybank, Bank Islam, PBeBank, CIMB Clicks)
    • Tunai (Dewan Penyelidikan,Arkib Negara)

Apakah Rekod Yang Tersimpan Di Arkib Negara?

Arkib Negara berperanan sebagai penyimpan dan pemelihara rekod rasmi, rekod persendirian, serta bahan memorial dan pustaka. Koleksi bahan arkib terdiri daripada Fail, Penerbitan, Surat Khabar/Majalah, Surat perjanjian, Bahan-bahan pandang dengar, Arkib Diraja, Surat Persendirian, Rekod dan arkib Persendirian, Mikrofilem, Gambar, Peta, Pelan dan Carta.

Pendaftaran

Mengapakah saya perlu mendaftar?
Pendaftaran adalah wajib /mandatori untuk memperolehi nombor penyelidik bagi membolehkan anda membuat pembelian, melihat paparan bagi bahan dokumen,
bahan audio dan video serta menggunakan kemudahan di Dewan Penyelidikan.

Bagaimana untuk mendaftar?
Tekan butang ‘Pendaftaran Baharu’ di sudut atas sebelah kanan dan isikan maklumat yang dikehendaki. Pengesahan pendaftaran berserta nombor penyelidik akan dihantar ke alamat emel anda.

Bagaimanakah sekiranya terlupa kata laluan?
Anda perlu klik pada ‘Terlupa Katalaluan’ untuk pendaftaran katalaluan baharu. Pengesahan pendaftaran katalaluan baharu akan dihantar ke emel penyelidik berdaftar.

Pelanggan Arkib

Bagaimana menjadi pelanggan?
Klik pada butang ‘Pelanggan Baharu’ untuk melanggan. Pengguna bedaftar boleh melanggan dengan membayar yuran langganan. Rujuk Peraturan-peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005 Pindaan 2012. Tempoh minimum sah langganan adalah selama setahun manakala tempoh maksimum adalah selama tiga(3) tahun. Pembaharuan langganan boleh dibuat apabila tempoh sah langganan tamat.

Kelebihan melanggan?
Dengan menjadi pelanggan Arkib anda berpeluang untuk melihat paparan penuh bagi bahan dokumen dalam format PDF, 120 saat bagi bahan audio dan 90 saat bagi bahan video serta boleh membuat pembelian salinan bahan secara dalam talian melalui keputusan carian yang telah dibuat.

Tempahan

Bolehkah pelanggan arkib menempah fizikal bahan yang masih dalam bentuk analog untuk dirujuk di Dewan Penyelidikan?
Ya

Bagaimanakah membuat tempahan bahan arkib yang masih dalam bentuk analog?
Klik butang ‘Tempah’ pada bahan yang telah dipilih. Senarai bahan analog yang dipilih boleh dilihat pada skrin ‘Ingin Beli’. Pengesahan tempahan akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan.

Bilakah tempahan boleh dibuat?
Bahan dokumen : 3 hari sebelum bahan dirujuk.
Bahan Audio dan Video : 5 hari sebelum bahan dirujuk.
Bahan Filem : 14 hari sebelum bahan dirujuk.

Berapakah Jumlah bahan yang boleh ditempah pada suatu masa?
Jumlah bahan yang boleh ditempah dalam satu-satu masa adalah sebanyak 5 tajuk sahaja.

Dimanakah bahan yang ditempah boleh dirujuk?
Bahan yang telah ditempah boleh dirujuk di Dewan Penyelidikan mengikut lokasi bahan fizikal.

Bolehkah pelanggan arkib melanjutkan tempoh rujukan bahan di Dewan Penyelidikan?
Ya

Berapa lamakah tempoh lanjutan rujukan ke atas bahan boleh dibuat?
Tiga (3) hari dari tarikh bahan diambil (rujuk)

Pembelian

Apa itu pembelian?
Pembelian adalah proses membeli salinan pendua bahan arkib secara dalam talian.

Bagaimanakah hendak membuat pembelian?
Klik butang ‘Beli’ pada senarai bahan yang dipilih. Pengesahan bahan perlu dibuat di dalam senarai ‘Ingin Beli’. Bahan yang telah dibuat pengesahan akan tersenarai secara automatik di dalam ‘Shopping cart’. Jumlah harga bahan dan kadar pos penghantaran akan dipaparkan. Klik butang ‘Teruskan’ untuk paparan skrin pembayaran.

Promosi Dokumen

Perjanjian Perolehan Tanah Untuk Jalan Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Melintasi Melaka, 29 Mac 1898

promosi-dokumen-03 Tajuk : Perjanjian Perolehan Tanah Untuk Jalan Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Melintasi Melaka, 29 Mac 1898
Deskripsi :

Perjanjian ini ditandatangani antara Residen Jeneral Persekutuan Tanah Melayu yang mewakili negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan kerajaan British pada 29 Mac 1898. Ia tertakluk di bawah peruntukan Ordinan No. VI, 1890 dan No.I, 1898 berkaitan cadangan tambahan kepada laluan ker­eta api sedia ada (Taiping –Ulu Sepetang) terus ke Prai di dalam Jajahan Province Welleslley.

No. Penerimaan : 2006/0038839

Landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar

promosi-dokumen-04 Tajuk : Landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar
Deskripsi : Suratkhabar ini mengandungi sekeping gambar mengenai Malaya di muka surat 468. Ia menceritakan mengenai landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar. Untuk mengatasi masalah ini, longkang berukuran 6 kaki lebar dan 7 kaki dalam digali supaya gajah-gajah liar tersebut tidak dapat merosakkan kuarters keretapi.
No. Penerimaan : 2012/0001768
Jenis Bahan : Suratkhabar

Bring ‘em Back alive

promosi-dokumen-05 Tajuk : Bring ‘em Back alive
Deskripsi :

Suratkhabar ini mengandungi artikel mengenai Tanah Melayu di muka surat 116 bertajuk “Bring ‘em Back alive”. Artikel ini mengandungi gambar-gambar binatang liar yang diambil oleh Frank Buck, seorang pemburu binatang liar untuk tujuan pertunjukan. Antara tempat beliau berburu ialah di kawasan hutan Malaya.

No. Penerimaan : 2012/0001767

Notis Bagi Menangkap Tuboh Tok Janggut

promosi-dokumen-02 Tajuk : Notis Bagi Menangkap Tuboh Tok Janggut
Deskripsi : Kerajaan Kelantan telah mengeluarkan beberapa helai notis kepada penentang-penentang British yang diketuai oleh Tok Janggut. Antara notis yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang bertarikh 20 Mei 1915 meminta agar semua nama-nama penentang anti-British yang telah disenaraikan supaya menyerah diri. Tawaran wang juga diberi kepada sesiapa yang dapat menangkap atau menyerahkan mereka kepada kerajaan negeri dan jumlahnya berbeza-beza mengikut individu. Sebanyak $ 500 telah ditawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap Tok Janggut.
No. Penerimaan : 2006/0038839

Guguskatan Jawa - Melayu

promosi-dokumen-01 Tajuk : Guguskatan Jawa - Melayu
Deskripsi : Bahan berbentuk terbitan ini diambil dari koleksi Surat Persendirian Datuk Abdul Majid bin Muhammad (SP. 14/5/3/15) hasil susunan Mejar Datuk Haji Mohd Sa’id P.B.J, (1876-1955) di Johor Bharu dengan cetakan pertamanya dalam tahun 1939. Bahan ini mengandungi perkataan-perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat Melayu dan Jawa serta di dalam persuratan buku Diraja Johor. Bahan ini juga tidak menentukan asal mahupun peminjam perkataan-perkataan tersebut. Ia mengandungi 35 halaman bercetak termasuk muka hadapan dengan saiz fizikalnya 20cm x 14cm.
No. Penerimaan : 2006/0038839

Promosi Audio

Wawancara Sejarah Lisan bersama En. Ismail Bin Osman

pic-preview Tajuk : Wawancara  Sejarah Lisan bersama En. Ismail Bin Osman
Deskripsi :

Wawancara ini diadakan pada 27/04/1994 di kediaman beliau.

Wawancara bersama En. Ismail Bin Osman yang pernah bertugas dengan Tunku Abdul Rahman. Mengandungi cerita semasa Tunku di Alor Setar sebelum menjadi Perdana Menteri sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Jenis Bahan : Open Reel

Wawancara Sejarah Lisan bersama Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais

pic-preview Tajuk : Wawancara Sejarah Lisan bersama Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais
Deskripsi :

Wawancara ini diadakan pada 03/01/1994.

Wawancara bersama Tan Sri Abdul Jamil Bin Abdul Rais iaitu Ketua Setiausaha Negara yang pertama mengenai pengalaman beliau semasa berkhidmat di dalam perkhidmatan awam.

Jenis Bahan : Open Reel

Wawancara Sejarah Lisan: C. John, Dr

pic-preview Tajuk : Wawancara Sejarah Lisan: C. John, Dr
Deskripsi :

Dirakamkan 13/08/1996; di kediaman beliau.

Doktor.

Mengandungi latar belakang diri dan keluarga, dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2/6/1938; mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di St. John, Kuala Lumpur; menyambung pelajaran Matrikulasi di Medical School, Queensland University di Brisbane, Australia; menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Mysore, India; berpengalaman berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Seremban sehingga 1985; berpengalaman berkhidmat sebagai Doktor untuk orang-orang Vietnam di Kem Orang-Orang Perahu Vietnam Sungai Besi, Kuala Lumpur selama 7 tahun sehingga kem ditutup pada 30/6/1996.

Jenis Bahan :  Kaset

Wawancara Sejarah Lisan Mengenai P. Ramlee : Hamzah Bin Husin

pic-preview Tajuk : Wawancara Sejarah Lisan Mengenai P. Ramlee : Hamzah Bin Husin
Deskripsi : Dirakamkan pada 14/4/1998 di Studio Rakaman Arkib Negara Malaysia .

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Cathay Kris, Tenaga Pengajar di FINAS

Pengalaman wawancara bersamaTan Sri P.Ramlee terhadap seni muzik dan industri perfileman (filem Melayu) di Singapura; mengenai kelebihan dan keistimewaan peribadi Tan Sri P.Ramlee; mengenai Cathay Kris; mengenai perkahwinan P.Ramlee dengan Saloma dan mengenai gossip-gossip artis; pawagam Shaw Brothers dan Cathay Kris; Filem-filem Indonesia; mengenai rumah yang dijadikan tempat rakaman filem bagi filem Orang Minyak; persaingan filem –filem melayu keluaran Cathay Keris dan Shaw Brothers di pawagam Tanah Melayu.
Jenis Bahan :  Kaset

Wawancara Sejarah Lisan bersama En. Katan Bin Ismail

pic-preview Tajuk : Wawancara Sejarah Lisan Mengenai P. Ramlee : Hamzah Bin Husin
Deskripsi : Wawancara ini diadakan pada 20/07/1993 di kediaman beliau.

Wawancara bersama En. Katan Bin Ismail mengenai pengalaman beliau
yang pernah bertugas di residensi Tunku Abdul Rahman.

Jenis Bahan : Open Reel

Promosi video

Siri Sembang – Sembang Sejarah : Penubuhan Sejarah Malaysia 13 Mei 1969 & Pentadbiran Mageran

promosi-video-01 Tajuk : Siri Sembang – Sembang Sejarah : Penubuhan Sejarah Malaysia 13 Mei 1969 & Pentadbiran Mageran
Deskripsi : Majlis ini telah diadakan pada 04 / 07 / 2009 di Persatuan Sejarah Malaysia

Rakaman ini tentang perkongsian cerita mengenai kejadian 13 Mei 1969 merangkumi segi punca dan kesan selepas kejadian tersebut berlaku.
No. Penerimaan : 2012 / 0002436
Jenis Bahan : Mini DV

Majlis Bual Bicara Tokoh Program Memperingati 55 Tahun Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

promosi-video-02 Tajuk : Majlis Bual Bicara Tokoh Program Memperingati 55 Tahun Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
Deskripsi : Majlis Bual Bicara ini telah di adakan pada 22 Februari 2011 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Mengandungi ceramah tentang sejarah penjajahan Tanah Melayu bermula daripada zaman Kesultanan Melaka sehingga kemerdekaan Tanah Melayu
No. Penerimaan : 2012 / 0002586
Jenis Bahan : Mini DV

Tun Abdul Razak : bapa Pembangunan “Satu Pengkisahan “

promosi-video-04 Tajuk : Majlis Bual Bicara Tokoh Program Memperingati 55 Tahun Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
Deskripsi : Majlis pengkisahan sejarah ini telah diadakan pada 28 Julai 2012 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya
Mengandungi sesi pengkisahan sejarah mengenai peranan Tun Abdul Razak dalam membangunankan Malaysia.
No. Penerimaan : 20120/ 0002546
Jenis Bahan : Mini DV

60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

promosi-video-05 Tajuk : 60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Deskripsi : Majlis ini telah diadakan pada 18 Disember 2008 di Tun Abdul Ghafar Baba, Melaka
Mengandungi sesi bual bicara tentang pengalaman beliau selama 15 bersama Tun Abdul Ghafar Baba.
No. Penerimaan : 2012 / 0002383
Jenis Bahan : Mini DV

Bual bicara Tokoh Tun Abdul Ghafar Baba

promosi-video-06 Tajuk : Bual bicara Tokoh Tun Abdul Ghafar Baba
Deskripsi : Majlis ini telah diadakan pada 18 Disember 2008 di Tun Abdul Ghafar Baba, Melaka
Mengandungi sesi bual bicara tentang pengalaman beliau selama 15 bersama Tun Abdul Ghafar Baba.
No. Penerimaan : 2012 / 0002383
Jenis Bahan : Mini DV

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
187295 (11)