Thursday, 12th December 2019 
Font Size :
logo-ofa

User Manual

PANDUAN PENGGUNAAN ONLINE FINDING AIDS
Bahan arkib tidak di susun mengikut subjek seperti di perpustakaan. Koleksi di susun berdasarkan kaedah penyusunan arkib di mana bahan di susun berdasarkan sumber atau pengujud.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan penyelidikan dan carian di portal OFA:

  1. Pengumpulan Maklumat
    Sebelum memulakan carian, kumpul dan kaji maklumat asas tentang tajuk yang dipilih terlebih dahulu.

    Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mencari maklumat mengenai tokoh, kumpulkan maklumat peribadi tokoh seperti (surat,gambar,perjanjian) melalui pembacaan atau lain-lain sumber sekunder (majalah,surat khabar, laman sesawang dan sebagainya). Antara maklumat yang mungkin diperolehi:
    1. Nama penuh dan gelaran
    2. Tarikh lahir
    3. Taraf kewarganegaraan
    4. Alamat (Tempat lahir dan tempat berkhidmat)

  2. Rekod yang tersimpan di Arkib Negara
    Arkib Negara ditubuhkan untuk mengumpul, memelihara, dan menyediakan perkhidmatan rujukan ke atas rekod. Koleksi rekod yang tesimpan di Arkib Negara adalah seawal rekod ditahun 1600. Koleksi bahan arkib terdiri daripada Fail, Penerbitan, Surat Khabar/Majalah, Surat perjanjian, Bahan-bahan pandang dengar, Arkib Diraja, Surat Persendirian, Rekod dan arkib Persendirian, Mikrofilem, Gambar, Peta, Pelan dan Carta.
    Anda boleh melakukan carian dengan:
    • Mengkaji maklumat yang terdapat di dalam koleksi.
    • Meninjau topik penyelidikan yang popular.
    • Melayari lembaran fakta.
    • Menggunakan panduan carian.
    • Semak sumber mengikut susunan abjad A-Z.

  3. Carian Melalui Koleksi
    Online Finding Aids (OFA) merupakan pengkalan data bagi koleksi bahan arkib. Kaedah carian atas talian ini diterjemahkan melalui kaedah susunan arkib:
    • Kategori
    • Sub Kategori
    • Sumber
    • Subjek
    • Jenis Rekod
    • Bahan Arkib.

    Kaedah carian yang terdapat pada sistem OFA terbahagi kepada:
    • Carian Kata Kunci
    • Carian Arkib
    • Carian Digital
    • Subjek

    Carian boleh dibuat menggunakan:
    • Perkataan ringkas
    • Carian nama
    • Carian nombor penerimaan
    • Carian sumber
    • Carian mengikut jenis bahan

  4. Keputusan Kajian dan Akses Kepada Rekod
    Hanya rekod bertaraf terbuka yang berjaya ditemui
    Deskripsi setiap bahan akan dipaparkan di skrin maklumat terperinci. Selain daripada deskripsi, maklumat lain yang turut dipaparkan terdiri daripada tajuk, nombor penerimaan, tarikh, dan lain-lain.

  5. Salinan Tempahan salinan
    Tempahan salinan adalah proses membeli salinan pendua bahan arkib. Proses tempahan salinan boleh dibuat secara atas talian atau secara manual. Tempahan atas talian boleh dibuat menggunakan sistem OFA manakala bagi tempahan secara manual, tajuk bahan yang telah dipilih beserta maklumat saiz dan bilangan perlu dilengkapkan ke dalam borang khas sebelum dihantar ke Arkib Negara Malaysia. Caj yang dikenakan adalah mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan Peraturan-peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005 Pindaan 2012.
Privacy Policy | Security Policy | Terms and Conditions |
The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as companies recommended by the National Archives of Malaysia
Best viewed in Chrome , Mozilla Firefox 3.0 & IE 9.0 and above with 1024x768 resolution.
Total visitor
14741 (37)