Page 2 - PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015
P. 2

P.U. (A) 84

                AKTA ARKIB NEGARA 2003
PERATURAN-PERATURAN ARKIB NEGARA (FI) 2015

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 45 Akta Arkib Negara 2003
[Akta 629], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Arkib Negara (Fi) 2015.

(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 11 Mei 2015.

Fi
2. Mana-mana orang yang menggunakan mana-mana perkhidmatan yang
dinyatakan dalam ruang (2) Jadual hendaklah membayar fi sebagaimana yang
dinyatakan dalam ruang (3) Jadual kepada Ketua Pengarah.

Pembatalan
3. Peraturan-Peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005 [P.U. (A) 292/2005]
dibatalkan.

   JADUAL
[Peraturan 2]

        Dalam Jadual ini, “media simpanan” ertinya suatu peranti simpanan mudah alih
yang menyimpan data daripada komputer seperti cakera padat, cakera video digital,
cakera keras luaran dan pemacu jari.

2
   1   2   3   4   5   6   7