Promosi Dokumen
Perjanjian Perolehan Tanah Untuk Jalan Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Melintasi Melaka, 29 Mac 1898
Tajuk | : | Perjanjian Perolehan Tanah Untuk Jalan Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Melintasi Melaka, 29 Mac 1898 | |
Deskripsi | : |
Perjanjian ini ditandatangani antara Residen Jeneral Persekutuan Tanah Melayu yang mewakili negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan kerajaan British pada 29 Mac 1898. Ia tertakluk di bawah peruntukan Ordinan No. VI, 1890 dan No.I, 1898 berkaitan cadangan tambahan kepada laluan kereta api sedia ada (Taiping –Ulu Sepetang) terus ke Prai di dalam Jajahan Province Welleslley. |
|
No. Penerimaan | : | 2006/0038839 |
Landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar
Tajuk | : | Landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar | |
Deskripsi | : | Suratkhabar ini mengandungi sekeping gambar mengenai Malaya di muka surat 468. Ia menceritakan mengenai landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar. Untuk mengatasi masalah ini, longkang berukuran 6 kaki lebar dan 7 kaki dalam digali supaya gajah-gajah liar tersebut tidak dapat merosakkan kuarters keretapi. | |
No. Penerimaan | : | 2012/0001768 | |
Jenis Bahan | : | Suratkhabar |
Bring ‘em Back alive
Tajuk | : | Bring ‘em Back alive | |
Deskripsi | : |
Suratkhabar ini mengandungi artikel mengenai Tanah Melayu di muka surat 116 bertajuk “Bring ‘em Back alive”. Artikel ini mengandungi gambar-gambar binatang liar yang diambil oleh Frank Buck, seorang pemburu binatang liar untuk tujuan pertunjukan. Antara tempat beliau berburu ialah di kawasan hutan Malaya. |
|
No. Penerimaan | : | 2012/0001767 |
Notis Bagi Menangkap Tuboh Tok Janggut
Tajuk | : | Notis Bagi Menangkap Tuboh Tok Janggut | |
Deskripsi | : | Kerajaan Kelantan telah mengeluarkan beberapa helai notis kepada penentang-penentang British yang diketuai oleh Tok Janggut. Antara notis yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang bertarikh 20 Mei 1915 meminta agar semua nama-nama penentang anti-British yang telah disenaraikan supaya menyerah diri. Tawaran wang juga diberi kepada sesiapa yang dapat menangkap atau menyerahkan mereka kepada kerajaan negeri dan jumlahnya berbeza-beza mengikut individu. Sebanyak $ 500 telah ditawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap Tok Janggut. | |
No. Penerimaan | : | 2006/0038839 |
Guguskatan Jawa - Melayu
Tajuk | : | Guguskatan Jawa - Melayu | |
Deskripsi | : | Bahan berbentuk terbitan ini diambil dari koleksi Surat Persendirian Datuk Abdul Majid bin Muhammad (SP. 14/5/3/15) hasil susunan Mejar Datuk Haji Mohd Sa’id P.B.J, (1876-1955) di Johor Bharu dengan cetakan pertamanya dalam tahun 1939. Bahan ini mengandungi perkataan-perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat Melayu dan Jawa serta di dalam persuratan buku Diraja Johor. Bahan ini juga tidak menentukan asal mahupun peminjam perkataan-perkataan tersebut. Ia mengandungi 35 halaman bercetak termasuk muka hadapan dengan saiz fizikalnya 20cm x 14cm. | |
No. Penerimaan | : | 2006/0038839 |