Khamis, 25 April 2024 
Saiz Font :
logo-ofa

Tatacara Penyelidikan

Pengguna Arkib hendaklah membaca, memahami dan mempersetujui perkara-perkara di bawah sebelum mendaftar sebagai pengguna berdaftar melalui Sistem OFA.

Tafsiran :

Pengguna awam”adalah merujuk kepada individu yang tidak berdaftar dengan Arkib Negara Malaysia.

Penyelidik berdaftar” adalah merujuk kepada individu yang telah mendaftar sebagai penyelidik dengan Arkib Negara Malaysia.

Borang Pendaftaran” bermaksud borang yang perlu dilengkapkan dengan jelas oleh pengguna awam untuk melayakkannya merujuk bahan arkib dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh ANM.

Pengesahan Pendaftaran” bermaksud maklum balas pengesahan yang dihantar oleh pihak ANM melalui e-mel pengguna awamyang memohon untuk menjadi penyelidik berdaftar.

Nombor Pendaftaran” bermaksud nombor unik yang diberikan kepada penggunaawam yang mendaftar sebagai identiti rasmi. Nombor ini diberikan mengikut tahun pendaftaran, diikuti dengan nombor seturut pada tahun tersebut.

Pelanggan Arkib” bermaksud pengguna berdaftar yang memohon, membayar caj langganan mengikut pilihan tempoh langganan, bagi penggunaan kemudahan penyelidikan melalui Sistem OFA.

Pembaharuan Sahlaku” bermaksud dan merujuk kepada permohonan perlanjutan tempoh sahlaku sebagai pelanggan arkib.

Penghasilan Semula” bermaksud salinanarkib awamyang digunakan dalam penerbitan buku/dokumentari/filem dan sebagainya.

  1. Terma dan syarat
    1. Permohonan untuk menjadi penyelidik berdaftar adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia dan juga warga asing.
    2. Pengguna Awamyang mendaftar di luar Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia perlu mempunyai atau mewujudkan satu akaun e-mel yang aktif. Manakala Pengguna Awam yang mendaftar di dalam Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara cawangan negeri tidak perlu mempunyai akaun e-mel.
    3. Kerahsiaan ID pengguna, kata laluan dan penggunaan akaun adalah tanggungjawab penyelidik berdaftar.
    4. Pihak ANM berhak secara mutlak untuk menyekat dan/atau membatalkan pendaftaran yang telah dibuat untuk tujuan keselamatan dan/atau maksud lain yang ditentukan oleh ANM.
    5. ANM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala liabiliti atau kos kerugian yang timbul dan dialami untuk semua transaksi pembayaran berhubung dengan sebarang kegagalan sistem dan teknikal atau faktor-faktor lain yang berada di luar kawalan ANM.
    6. Semua transaksi pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) bagi pembayaran yang dilakukan melalui Sistem OFA.
    7. Pembayaran bagi pembelian Kandungan Digital Arkib Awam boleh dilakukan menerusi kaedah berikut:-
      1. Bayaran melalui Kad Kredit/Pembayaran secara dalam talian
      2. Bayaran melalui cek – Bayaran cek hendaklah dibuat atas nama “Arkib Negara Malaysia”. Bayaran melalui cek peribadi adalah TIDAK DIBENARKAN.
      3. Bayaran wang pos ( Postal Order)/Kiriman Wang (money order) – Bayaran hendaklah dibuat atas nama “Arkib Negara Malaysia”.
      4. Tunai –pembayaran dilakukan di Kaunter Perkhidmatan Dewan Penyelidikan
    8. Penyelidik berdaftar/Pelanggan Arkib tidak dibenarkan membuat pembatalan sama ada ke atas apa jua jenis pembayaran.Wang tidak akan dikembalikan selepas pembayaran dibuat. Tiada jaminan pemulangan wang oleh ANM.
    9. Sebarang pembayaran adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005 pindaan 2013.
    10. Penggunaan kandungan digital menerusi portal OFA adalah tertakluk kepada Peraturan Rujukan Dan Akses Arkib Awam 2012
    11. Kandungan digital arkib awam menerusi portal OFA ANM hanya boleh digunakan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan oleh pengguna Arkib yang berdaftar sahaja. Manakala penggunaan kandungan digital yang dimuatturun bagi tujuan komersil seperti penyiaran, pameran, penerbitan atau pengiklanan di mana-mana media sama ada di media elektronik atau media cetak perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah ANM.
    12. Arkib awam yang dihasilkan semula bagi apa jua tujuan hendaklah dinyatakan sumber daripada Arkib Negara Malaysia.(rujuk borang salinan)
    13. Kandungan Digital Arkib Awam yang dimuat turun daripada Portal OFA tidak boleh digunakan sebagai cap dagangan atau bagi apa-apa maksud penggunaan yang menyalahi undang-undang, pornografi, memfitnah mana-mana orang, atau melanggar hak privasi, publisiti atau moral, atau melanggar hakcipta mana-mana nama dagangan atau tanda dagangan mana-mana orang atau entiti yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
    14. Salinan bahan arkib yang samaTIDAK BOLEH DIGUNAKAN bagi tujuan yang lainkecuali dengan kebenaran daripada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
    15. Caj penghantaran yang akan dikenakan adalah bergantung pada berat dan destinasi penghantaran dan ditanggung oleh pemohon.
    16. ANM tidak bertanggungjawab bagi sebarang kelewatan atau kehilangan semasa perkhidmatan penghantaran pos dan muat turun.
    17. Sebarang pindaan pada terma dan syarat adalah tertakluk kepada bidang kuasa ANM.
  2. Pendaftaran sebagai penyelidik berdaftar.
    1. Pengguna awam perlu mengisi maklumat peribadi di dalamborang pendaftaran penyelidik berdaftar OFA yang terdapat di dalam Sistem OFA. Manakala penyelidik berdaftar perlu mengemas kini maklumat di dalam borang pendaftaran semula.
    2. NOMBOR PENDAFTARAN penyelidik akan diperoleh setelah melakukan VERIFIKASI PENGESAHAN PENDAFTARANmelalui e-mel atau penggunaan kad pengenalan/ nombor pasport di dewan penyelidikan.
    3. Tempoh sah untuk penyelidik berdaftar adalah selama setahun.
    4. Penyelidik berdaftar yang hadir di Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysiaatau Arkib Negara Malaysia cawangan Negeri hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran pengguna berdaftar sebelum dibenarkan masuk.
    5. Penyelidik berdaftar layak menikmati kemudahan seperti:
      1. Melihat kandungan maklumat di Portal OFA
      2. Lihat (10) sepuluh paparan pertama daripada paparan penuh dokumen digital(PDF) atau 50% daripada paparan penuh bagi dokumen digital yang kurang daripada sepuluh muka surat.
      3. Menonton 90 saat klip bagi bahan visual secara percuma.
      4. Mendengar 120 saat klip bagi bahan audio secara percuma.
      5. Membuat tempahan (rizab) bahan fizikal melalui SISTEM OFA sebelum hadir di Dewan Penyelidikan untuk rujukan.
      6. Boleh menjadi pelanggan
      7. Mempunyai profil pengguna
  3. Permohonan sebagai pelanggan arkib.
    1. Penyelidik berdaftar boleh memohon untuk menjadi Pelanggan Arkib jika ingin menikmati kemudahan rekod digital di dalam SISTEM OFA secara menyeluruh.
    2. Tempoh sah laku sebagai Pelanggan Arkib ialah1 tahun dan pembaharuan boleh dilakukan selepas tarikh tempoh tamat.
    3. Pendaftaran langganan perlu dibuat menggunakan pautan “Pelanggan Arkib”yang disediakan di dalam portal OFA.
    4. Yuran langgananboleh DIBAYAR melalui kad kredit atau FPX dan resit bayaran akan dihantar melalui e-mel yang didaftarkan.Yuranini dikecualikan sekiranya permohonan dilakukan di Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia.
    5. Pelanggan Arkib layak menikmati kemudahan seperti:
      1. Carian bahan melalui Sistem OFA
      2. Melihat paparan penuh dokumen digital(PDF)
      3. Menonton 90 saat bahan visual(video/filem)
      4. 120 saat daripada keseluruhan bahan audio
      5. Boleh memuat turun bahan digital dan mematuhi peraturan fi yang telah ditetapkan
      6. Boleh membeli bahan digital secara pukal
      7. Boleh membuat tempahan (rizab) bahan fizikal( bahan analog) sebelum hadir ke Dewan Penyelidikan untuk rujukan.
  4. Penghasilan Semula Arkib Awam
    1. Penghasilan semula arkib awam bagi tujuan komersil dikehendaki mengisi Borang Perjanjian Penggunaan Arkib Awam untuk Tujuan Komersil(chk dalam OFA) dan menjelaskan pembayaran.
    2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklahdihantar melalui pos, e-mel atau faksimile pada alamat yang dinyatakan seperti di bawah:- Arkib Negara Malaysia

      Jalan Duta, 50480,
      Kuala Lumpur
      Fax: 03-6201 5679
      JLIB_HTML_CLOAKING
    3. Permohonan kandungan arkib awam untuk tujuan komersil adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ANM.
  5. Permohonan salinan kandungan Analog kepada Kandungan Digital
    1. Penyelidik berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan kandungan digital bahan arkib awam yang masih dalam bentuk analog yang telah dikenal pasti daripada keputusan carian yang dibuat di Portal OFA.
    2. Penyelidik berdaftar dikehendaki mengisi Borang Permohonan Salinan Kandungan Digital yang disediakan dan menjelaskan pembayaran semasa tempahan dilakukan.
    3. Bahan arkib yang masih dalam bentuk analog akan dibuat salinan digital menggunakan resolusi rendah berserta dengan tera air (water marking)
    4. BorangPermohonan Salinan Kandungan Digital yang telah lengkap diisi, hendaklahdihantar melalui pos, e-mel atau faksimile pada alamat yang dinyatakan seperti di bawah:-

      Jalan Duta, 50480,
      Kuala Lumpur
      Fax: 03-6201 5679
      JLIB_HTML_CLOAKING
    5. Permohonan salinan bahan analog kepada kandungan digital adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ANM.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
186900 (230)