Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : MAJLIS POLEMIK SEJARAH MALAYSIA SESI KE-13: PRA KESULTANAN JOHOR-RIAU
Deskripsi : BERLANGSUNG PADA 6 OGOS 1998 DI ARKIB NEGARA MALAYSIA, JALAN DUTA, KUALA LUMPUR. SAMBUNGAN DARI TAPE 1/2. PENGERUSI: PUAN HAJAH RAIHANI JAMIL, PENGARAH REKOD DAN ARKIB, ARKIB NEGARA MALAYSIA. AHLI PANEL: YANG BERBAHAGIA PROF. DATO' DR. NIK HASSAN SHUHAIMI (INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA), PROF. MADYA UBAIDULLAH HAJI MUHAMMAD (JABATAN PENGAJIAN TIONG HUA, UNIVERSITI MALAYA) DAN ENCIK YAHYA BIN ABU BAKAR YANG MEWAKILI PROF. MADYA MUHD YUSOFF IBRAHIM (JABATAN SEJARAH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA). MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALUAN OLEH KETUA PENGARAH ARKIB NEGARA MALAYSIA, YANG BERBAHAGIA DATO' HABIBAH ZON. PENGERUSI MENJELASKAN BAHAWA AHLI-AHLI PANEL AKAN MEMBERI PANDANGAN DAN PENDAPAT DARI BEBERAPA SUDUT YANG BERBEZA CONTOHNYA PROF. DATO' DR. NIK HASSAN SHUHAIMI DARI SEGI ARKEOLOGI, PROF. MADYA UBAIDULLAH HAJI MUHAMMAD MEMBENTANGKAN PERKARA-PERKARA YANG DIPEROLEH DARI SUMBER CINA DAN ENCIK YAHYA BIN ABU BAKAR MEMBENTANGKAN KAJIAN YANG DIBUAT DARI SUMBER-SUMBER TEMPATAN DAN SEDIKIT SUMBER PORTUGIS. SEJUMLAH TIGA KERTAS KERJA TELAH DIBENTANGKAN. PENGERUSI MENYAMPAIKAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN PROF. DATO' DR. NIK HASSAN SHUHAIMI DAN KEMUDIAN BELIAU MENERUSKAN DENGAN PEMBENTANGAN KERTAS PERTAMA. ANTARA ISI KANDUNGAN KERTAS PEMBENTANGAN BELIAU IALAH TENTANG TEMPOH MASA SEBENAR PRA-KESULTANAN JOHOR-RIAU, LOKASI SEBUAH PENEMPATAN YANG DINAMAI PALANDA DAN BANYAK LAGI. SETERUSNYA, PENGERUSI MENYAMPAIKAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN PROF. MADYA UBAIDULLAH HAJI MUHAMMAD YANG MENYAMPAIKAN PEMBENTANGAN KERTAS KEDUA. ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN BELIAU BANYAK BERKAITAN DENGAN KAJIAN-KAJIAN YANG DILAKUKAN BERDASARKAN PELBAGAI SUMBER CINA. AKHIR SEKALI, PEMBENTANGAN KERTAS KETIGA DARIPADA ENCIK YAHYA BIN ABU BAKAR DAN SEPERTI PANEL-PANEL YANG SEBELUMNYA, PENGERUSI TURUT MENYAMPAIKAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN BELIAU. KERTAS KERJA INI SEBENARNYA DISEDIAKAN OLEH PROF. MADYA MUHD YUSOFF IBRAHIM YANG TIDAK DAPAT HADIR DISEBABKAN TUGAS RASMI YANG TERPAKSA DIKENDALIKAN BELIAU. TAJUK KERTAS KERJA TERSEBUT IALAH "BEBERAPA ASPEK PERBINCANGAN TENTANG SUMBER TEMPATAN BAGI ZAMAN PRA-KESULTANAN JOHOR." SESI SOAL JAWAB DENGAN PARA HADIRIN. ACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA.
No Penerimaan : 2004/0000130W
Media Asal : SISTEM VIDEO RUMAH (VHS)
Subjek : SEJARAH DAN GEOGRAFI
Sumber : JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 06/08/1998
Jenis Rekod : VIDEO
Duration :
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :
Lokasi Ambil Status Kini Tarikh Untuk Pinjam Tarikh Untuk Ambil   Senarai Ingin
Kuala Lumpur Boleh Ditempah Tue 05/11/2024 Mon 25/11/2024 Tambah