Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : WARISAN - PENENTANGAN DAN PENJAJAHAN INGGERIS DI KELANTAN (II)
Deskripsi : SALINAN KEPADA BAHAN FILEM, F22/79 SKRIP, PENGULASAN DAN PENYELIDIKAN SHAHROM MOHD DOM LAKONAN SEMULA KISAH PENENTANGAN HAJI HASSAN BIN PANGLIMA MAT MUNAS ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI TOK JANGGUT TERHADAP PENJAJAHAN INGGERIS DI KELANTAN. TOK JANGGUT DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA MENENTANG KERAS PENJAJAHAN INGGERIS DI KELANTAN KERANA DASAR-DASAR BARU YANG DIBAWA INGGERIS TERUTAMANYA MENGENAI KUTIPAN CUKAI. ANTARA YANG PALING SENSITIF IALAH MENGENAKAN CUKAI SEPERTI CUKAI TANAH,CUKAI KEPALA SEBANYAK RM1.00 SEORANG SETAHUN, CUKAI POKOK BUAH-BUAHAN SEBANYAK 3 SEN SETAHUN, KELAPA SEBANYAK 3 SEN SETANDAN DAN SIREH SEBANYAK 5 SEN SEJUNJUNG. SELAIN ITU, CUBAAN RAMPASAN KUASA OLEH ORANG LUAR IAITU PEGAWAI DAERAH PASIR PUTIH, ABDUL LATIF, TERHADAP ENGKU BESAR JUGA DILIHAT SEBAGAI PUNCA PENENTANGAN INI. KEADAAN BERTAMBAH BURUK APABILA WAKIL PEGAWAI DAERAH SARJAN SULAIMAN (CHE WAN) YANG DIARAHKAN UNTUK MEMBAWA TOK JANGGUT KE PASIR PUTIH TELAH BERTENGKAR DENGAN TOK JANGGUT DAN MATI DIBUNUH. SELEPAS PERISTIWA ITU, ENCIK LATIFF TELAH LARI KE KOTA BHARU DAN MEMINTA PERTOLONGAN INGGERIS UNTUK MENYERANG TOK JANGGUT. PERTEMPURAN TELAH BERLAKU PADA 25 MEI 1915 DI KAMPUNG MERBUK DAN KAMPUNG PUPUH SEHINGGAN MENYEBABKAN RAMAI PENGIKUTNYA TERKORBAN TERMASUK TOK JANGGUT SENDIRI. MAYAT TOK JANGGUT TELAH DIGANTUNG OLEH INGGERIS BEBERAPA HARI SEBAGAI TANDA KEMENANGAN KEPADA MEREKA SERTA BAGI MEMBERI INGATAN KEPADA PENDUDUK KELANTAN AGAR TIDAK MENENTANG INGGERIS. DRAMA INI ADALAH TALAH DITERBITKAN OLEH TAN MUTALIB DENGAN KERJASAMA PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA, ARKIB NEGARA MALAYSIA DAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN.
No Penerimaan : 2003/0007955W
Media Asal : SISTEM VIDEO RUMAH (VHS)
Subjek : SEJARAH DAN GEOGRAFI
Sumber : JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
Tarikh :  
Jenis Rekod : VIDEO
Duration : 00:38:36
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :
Lokasi Ambil Status Kini Tarikh Untuk Pinjam Tarikh Untuk Ambil   Senarai Ingin
Kuala Lumpur Boleh Ditempah Thu 18/08/2022 Thu 08/09/2022 Tambah