Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTANA NEGARA LAMA
Deskripsi : PENDOKUMENTASIAN ISTANA NEGARA LAMA, JALAN ISTANA, KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2016. PEMBINAAN SEBUAH RUMAH BANGLO (BANGUNAN ASAL ISTANA NEGARA) BERMULA SETELAH CHAN WING MEMBELI 13 EKAR TANAH DI TAYLOR ROAD (SEKARANG JALAN ISTANA) DAN MENGUPAH FIRMA ARKITEK TERKENAL, SWAN & MCLAREN UNTUK MEREKABENTUK SEBUAH RUMAH YANG TERBESAR DI MALAYA PADA MASA ITU YANG DIDUDUKI OLEH KELUARGANYA. PADA TAHUN 1941, SELEPAS KELUARGA CHAN WING MENINGGALKAN MALAYA, IA DIGUNAKAN SEBAGAI MES PEGAWAI TENTERA JEPUN SELAMA EMPAT TAHUN BERMULA 1942 SEHINGGALAH 1945. IA KEMUDIANNYA DIAMBIL ALIH OLEH BRITISH MILITARY ADMINISTRATION UNTUK TENTERA UDARA DIRAJA (R.A.F). KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH MEMBELINYA DAN MENGUBAHSUAINYA MENJADI SEBUAH ISTANA UNTUK SULTAN SELANGOR PADA MASA ITU, TUANKU SIR HISAMUDDIN ALAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ALAEDDIN SULAIMAN SHAH. PADA TAHUN 1957, KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBELINYA PADA HARGA RM1,408,000 JUTA UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI ISTANA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG I, TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI AL-MARHUM TUANKU MUHAMMAD. BEBERAPA RENOVASI DIJALANKAN SELEPAS ITU. AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH ADALAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG YANG TERAKHIR BERSEMAYAM DI ISTANA TERSEBUT. DENGAN BERLANGSUNGNYA MAJLIS MENGUNCI PAGAR ISTANA DAN PERPINDAHAN YANG DI-PERTUAN AGONG PADA 15 NOVEMBER 2011, ISTANA NEGARA JALAN DUTA SECARA RASMINYA BUKAN LAGI TEMPAT BERSEMAYAMNYA BAGINDA. NAMUN, IA TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI WARISAN KEBANGSAAN DI BAWAH AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 (AKTA 645) PADA 2007 BERDASARKAN KRITERIA YANG TERMAKTUB DALAM SEKSYEN 67, AKTA WARISAN KEBANGSAAN.
No Penerimaan : 2016/0015260W
Media Asal : GAMBAR FOTO DIGITAL
Subjek : BANGUNAN
Sumber : JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 20/04/2016
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :
UNTUK MUAT TURUN
Format Perisian Harga Kandungan   Senarai Ingin  
TIFF RM 30.00 Semua Tambah    
JPEG RM 15.00 Semua Tambah