Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ANAK HALAL
Deskripsi : SINOPSIS : PLOT PENCERITAAN BERMULA APABILA SEORANG PENJENAYAH, HISYAM(ROSYAM NOR) SEDANG DIBURU POLIS ATAS KESALAHN JENAYAHNYA. DALAM KEKALUTAN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DAN NYAWA ANAKNYA, BELIAU TERLIHAT AKAN SEORANG PEREMPUAN SAKIT JIWA BERNAMA MARIAM(MISLINA MUSTAFA) TINGGAL DI LORONG TERSEBUT LALU MENYERAHKAN BAYINYA KEPADA PEREMPUAN ITU. HISYAM AKHIRNYA DIBERKAS POLIS SELEPAS BERLAKU KEJADIAN TEMBAK-MENEMBAK. MARIAM AKHIRNYA MEMBESARKAN ANAK TERSEBUT DAN MEMBERIKAN NAMA INDERAPUTERA. MEREKA TINGGAL DI KAWASAN SETINGGAN, BERJIRAN DENGAN BU LEHA DAN ANAK PEREMPUANNYA, JOHANNA(MAYA KARIN) (JO) SEORANG GADIS `TOMBOY┬┐ YANG DALAM DIAM MENYUKAI PUTERA. NAMUN, KEBAHAGIAAN PUTERA BERSAMA IBUNYA BERAKHIR APABILA MEREKA DIPISAHKAN OLEH PIHAK BERKUASA. PUTERA KEMUDIANNYA DIBESARKAN OLEH BU LEHA(KARTINA AZIZ) YANG MEMBAWA PUTERA DAN JO BERPINDAH KE KUALA LUMPUR DENGAN HARAPAN HIDUP MEREKA AKAN MENJADI LEBIH BAIK. PUTERA DAN JO MEMBESAR SEBAGAI REMAJA JALANAN. PUTERA BEKERJA DI BENGKEL KERETA. MANAKALA, JO DAN IBUNYA BERNIAGA BUAH-BUAHAN DI PASAR CHOW KIT DEMI SESUAP NASI. MANAKALA, ERZAN(ADY PUTRA) DAN MILYA(RAJA FARAH) PULA ADALAH ANTARA SAHABAT RAPAT PUTERA DAN JO. MEREKA MENYARA HIDUP DENGAN MENJAJA BURGER . BERSAMA DANIAL(BRONT PALARE) DAN SHAH(REMY ISHAK), MEREKA MELALUI PERIT GETIR DALAM KEHIDUPAN DI KOTA METROPOLITAN INI. PLOT PENCERITAAN MULA BERKEMBANG APABILA KEHADIRAN AMIRA ATIKAH(FASHA SANDHA), SEORANG REMAJA YANG MEMPUNYAI MASALAH DENGA NAJIS DADAH, HADIR DALAM HIDUP MEREKA. KEHADIRAN BELIAU MEMBERI SATU WARNA BARU BUAT PUTERA, YANG MULA INGIN MENGENALI APA ERTI CINTA. KEADAAN SEMAKIN KUSUT APABILA ERZAN TERPAKSA MENANGGUNG BEBAN HUTANG KELUARGANYA DARI TAJUL(ZUL HUZAIMY). BELIAU SERING DIGANGGU OLEH PEMBANTU TAJUL IAITU JEFF(FAUZI NAWAWI) DAN LUT(FIZZ FAIRUZ). TINDAKAN ERZAN YANG TERPAKSA MENGEDAR DADAH UNTUK MELUNASKAN HUTANG KELUARGANYA DENGAN TAJUL. INI MEMBUATKAN PUTERA BERASA MARAH DENGAN TINDAKAN ERZAN. SITUASI MENJADI CEMAS APABILA TAJUL MENDAPAT TAHU AKAN BARANG YANG DIAMBIL OLEH IJAM(JEHAN MISKIN) UNTUK DIEDAR TELAH DIAMBILNYA. TAJUL MEMBURU IJAM DAN ERZAN DAN MEMBUNUH IJAM ATAS KESALAHAN BELIAU. TAJUL MEMINTA ERZAN MEMBERIKAN SEMUA DADAH YANG ADA PADANYA. PADA HARI DIMANA ERZAN INGIN MEMMULANGKAN DADAH YANG ADA PADANYA, BELIAU TELAH DITEMBAK MATI OLEH JEFF DAN LUT. PUTERA BERSAMA SHAH MENGEJAR MEREKA TETAPI TIDAK BERJAYA APABILA MEREKA MEMPUNYAI SENJATA API. LANGKAH DRASTIK DIAMBIL OLEH PUTERA SETELAH KEMATIAN AMIRA ATIKAH AKIBAT NAJIS DADAH. BELIAU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBURU TAJUL DAN RAKAN ATAS KEMATIAN ORANG YANG PUTERA SANYANGI. HASILNYA, JEFF TELAH MATI DITIKAM DAN PUTERA MENYERANG MEREKA SEHINGGA KE TEMPAT TINGGAL TAJUL. HISYAM YANG TELAH BEBAS DARI PENJARA DAN MASIH MENERUSKAN KEGIATAN GELAPNYA, MENYURUH TAJUL MENGHABISKAN APA YANG TELAH BELIAU MULAKAN. TAJUL BERJAYA MENANGKAP PUTERA TETAPI MATI DITEMBAK JOHANNA. SELEPAS MENCARI PETUALANG YANG MENYEBABKAN HIDUPNYA HURU-HARA, BELIAU AKHIRNYA TERJUMPA DENGAN AYAHNYA, HISYAM DAN IBU ANGKATNYA, MARIAM. PERTEMUAN ITU AKHIRNYA MEMBAWA TRAGEDI APABILA PUTERA TERTEMBAK BAPANYA SENDIRI. MEREKA MELARIKAN DIRI SETELAH LUT MEMBAWA LEBIH RAMAI ORANG UNTUK MEMBURU PUTERA DENGAN RAKAN-RAKAN. PUTERA, MARIAM DAN RAKAN-RAKANNYA MELARIKAN DIRI DAN AKHIRNYA MEREKA DIBERKAS POLIS. PENGARAH : OSMAN ALI PELAKON : FARID KAMIL, MAYA KARIN, FASHA SANDHA
No Penerimaan : 2013/0003879W
Media Asal : FILEM
Subjek : SENI DAN REKREASI
Sumber : ASTRO SHAW SDN. BHD.
Tarikh : 13/12/2007
Jenis Rekod : VIDEO
Duration :
Kategori : ARKIB PERSENDIRIAN
Subkategori : ARKIB EKONOMI
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :
Lokasi Ambil Status Kini Tarikh Untuk Pinjam Tarikh Untuk Ambil   Senarai Ingin
Kuala Lumpur Tidak Boleh Ditempah Mon 15/04/2024 Mon 06/05/2024 Tambah