Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTANA NEGARA, YANG DI PERTUAN AGONG, SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN BERTITAH DI SINGGAHSANA DI ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA, DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR; 07.06.1989
Deskripsi : SATU ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN MALAYSIA SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAN RASMI DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG SULTAN AZLAN SHAH TELAH BERLANGSUNG DI BALAIRONG SERI ISTANA NEGARA PADA HARI INI 7HB JUN 1989. TURUT SERTA DI DALAM ISTIADAT ITU IALAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU BAINUN. SERAMAI 35 ORANG PEMBESAR-PEMBESAR NEGARA, TOKOH-TOKOH POLITIK, AHLI-AHLI PERNIAGAAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI KERAJAAN TELAH DIKURNIAKAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN NEGARA, IAITU 4 DARIPADANYA DARJAH SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.M.) DAN 1 DARJAH SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) KEDUA-DUANYA BERGELAR TUN, 13 ORANG DIANUGERAHKAN DARJAH PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.) DAN PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.) KEDUANYA BERGELAR TAN SRI, SEORANG BINTANG PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.M.) BERGELAR DATUK, 5 ORANG DIKURNIAKAN JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.), 5 ORANG JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) DAN 6 ORANG JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.). MEREKA ADALAH DIANTARA 889 ORANG YANG DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN MALAYSIA SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA. DARJAH SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.) TELAH DIKURNIAKAN KEPADA TUN DATUK SERI UTAMA SYED AHMAD AL-HAJ , YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA, TUN DATUK PATINGGI HAJI AHMAD ZAIDI ADRUSE BIN MOHAMAD NOOR, YANG DI PERTUA NEGERI SARAWAK, TUN DATUK HAJI MOHAMAD SAID KERUAK YANG DI PERTUA SABAH, TUN TAN SRI HAJI HAMDAN SHEIKH TAHIR YANG DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG DAN DARJAH SERI SETIA MAHKOTA, (S.S.M.) KEPADA TUN TAN SRI DATO' ABDUL HAMID OMAR, KETUA HAKIM NEGARA. GAMBAR MENUNJUKKAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG SULTAN AZLAN SHAH SEDANG BERTITAH DI SINGGAHSANA. G.21679
No Penerimaan : 2001/0051990W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 07/06/1989
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :