Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : DUTA BESAR MALAYSIA KE FILIPINA, ENCIK ABDUL HAMID BIN PAWANCHEE. PENYAMPAIAN SURAT TAULIAH KEPADA PRESIDEN MARCOS, ISTANA MALACANANG, MANILA; 20.11.1974
Deskripsi : DUTA BESAR MALAYSIA KE FILIPINA, ENCIK ABDUL HAMID BIN PAWANCHEE, TELAH MENYAMPAIKAN SURAT TAULIAHNYA KEPADA PRESIDEN MARCOS DI ISTANA MALACANANG DI MANILA PADA 20HB NOVEMBER, 1974. TURUT HADIR DALAM UPACARA TERSEBUT IALAH PARA ANGGOTA KABINET FILIPINA DAN PEGAWAI KANAN DARI JABATAN HAL EHWAL LUAR NEGERI SERTA KEDUTAAN MALAYSIA. DUTA BESAR ITU DALAM UCAPANNYA BERKATA: MALAYSIA DAN FILIPINA MEMPUNYAI PENDAPAT DAN CITA-CITA YANG SAMA, BUKAN SAHAJA MEMPUNYAI HASRAT UNTUK MEMBERI KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN YANG LEBIH BESAR KEPADA RAKYATNYA, MALAHAN JUGA BERUSAHA BAGI KERJASAMA SERANTAU DAN PERSEFAHAMAN. HASRAT ITU SEKARANG TELAH DIJADIKAN SATU KENYATAAN, BERUPA PENYERTAAN AKTIF DALAM PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA ATAU ASEAN YANG TELAH BERKEMBANG DENGAN MEGAHNYA BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI. PRESIDEN MARCOS DALAM UCAPAN BALASNYA BERKATA BAHAWA BELIAU BERASA BANGGA MENERIMA SEORANG SAUDARA ASIA, TERUTAMANYA SEORANG JIRAN YANG JUGA BERASAL DARI KETURUNAN YANG SAMA. ENCIK ABDUL HAMID MULA BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI DALAM TAHUN 1957. BELIAU TELAH MEMEGANG BERBAGAI JAWATAN DENGAN PERWAKILAN MALAYSIA DI NEW YORK, WASHINGTON, BANGKOK, ISLAMABAD DAN RABAT SETELAH MENGIKUTI SATU KURSUS LATIHAN PERKHIDMATAN LUAR DI AUSTRALIA. BELIAU IALAH DUTA BESAR KE BURMA SEBELUM DITUGASKAN KE FILIPINA. G.13565
No Penerimaan : 2001/0043006W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 20/11/1974
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :