Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SEBAGAI SULTAN JOHOR KELIMA DALAM SEJARAH JOHOR MODEN, ISTANA BESAR, JOHOR BAHRU, 23 MAC 2015
Deskripsi : ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR, SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SEBAGAI SULTAN JOHOR KELIMA DALAM SEJARAH JOHOR MODEN. MANAKALA ISTERI BAGINDA DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH DIMAHKOTAKAN SEBAGAI PERMAISURI JOHOR. GELARAN YANG PERTAMA KALI DIGUNAKAN DI NEGERI JOHOR. KALI TERAKHIR ISTIADAT KEMAHKOTAAN INI DIADAKAN ADALAH PADA 22 FEBRUARI 1960 IAITU NENDA SULTAN IBRAHIM, ALMARHUM SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM DAN ALMARHUM SULTANAH AMINAH DIMAHKOTAKAN SEBAGAI SULTAN DAN SULTANAH JOHOR. ANTARA RAJA-RAJA MELAYU YANG BERANGKAT MENYAKSIKAN ISTIADAT KEMAHKOTAAN IALAH SULTAN BRUNEI SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH DAN RAJA ISTERI HAJAH SALEHA, SULTAN PAHANG, SULTAN HAJI AHMAD SHAH DAN SULTANAH PAHANG, SULTANAH HAJAH KALSOM, SERTA SULTAN TERENGGANU, SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN DAN SULTANAH TERENGGANU, SULTANAH NUR ZAHIRAH. TURUT HADIR, KESEMUA YANG DI-PERTUA NEGERI BESERTA ISTERI MASING-MASING. NEGERI KEDAH DIWAKILI OLEH YANG DI-PERTUA JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH, TUNKU TAN SRI SALEHUDDIN DAN ISTERI, TENGKU PUAN SRI DATO' SERI MALIHA TENGKU ARIF. TURUT BERANGKAT, TUNKU MAHKOTA JOHOR TUNKU ISMAIL DAN ISTERI CHE PUAN KHALEEDA BUSTAMAM, BONDA SULTAN JOHOR ENCHE BESAR KHALSOM ABDULLAH, PADUKA ANAKANDA SULTAN JOHOR SERTA KEKANDA DAN ADINDA BAGINDA. HADIR SAMA PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SERTA DATIN SERI ROSMAH MANSUR DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN PUAN SRI NORAINEE ABDUL RAHMAN DI ISTANA BESAR, JOHOR BAHRU, 23 MAC 2015.
No Penerimaan : 2016/0004779W
Media Asal : GAMBAR FOTO DIGITAL
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 23/03/2015
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :