Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : PUSAT LATIHAN PERUSAHAAN, KURSUS LATIHAN PERALIHAN, PERASMIAN OLEH KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PERTAHANAN, TAN SRI ABU BAKAR SAMAD BIN MOHD NOOR, KUALA LUMPUR; 11.07.1973
Deskripsi : KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PERTAHANAN, TAN SRI ABU BAKAR SAMAD BIN MOHD. NOOR, HARI INI (11HB JULAI) TELAH MERASMIKAN SATU KURSUS LATIHAN PERALIHAN UNTUK SERAMAI 150 ORANG ANGGOTA YANG AKAN TAMAT KHIDMAT MEREKA DENGAN ANGKATAN TENTERA DI PUSAT LATIHAN PERUSAHAAN, JALAN KUCHAI LAMA, KUALA LUMPUR. BAKAL BEKAS-BEKAS ANGGOTA TENTERA INI IALAH TERDIRI DARI KUMPULAN KETIGA YANG MENGHADIRI KURSUS PELBAGAI JENIS SELAMA ENAM BULAN DI PUSAT TERSEBUT. TAN SRI ABU BAKAR SAMAD SELEPAS MERASMIKAN KURSUS TERSEBUT TELAH JUGA MELAWAT KE BEBERAPA BAHAGIAN PUSAT TERSEBUT TERMASUK BAHAGIAN RAWATAN RADIO DAN TELEVISYEN, LETRIK, PERTUKANGAN KAYU DAN TANGAN, PENGAWET DINGIN DAN PENYAMAN UDARA, PENDAWAIAN LETRIK DAN JUGA BAHAGIAN PENCETAKAN. GAMBAR (1) MENUNJUKKAN TAN SRI ABU BAKAR SAMAD (NOMBOR 2 DARI KANAN) SEDANG MEMERHATIKAN LANS KOPRAL IBRAHIM BIN MOHAMED YANG MENJALANI LATIHAN DIBAHAGIAN PERTUKANGAN KAYU DAN TANGAN. LANS KOPRAL IBRAHIM, 38 TAHUN, IALAH SEORANG ANGGOTA ASKAR MELAYU DI RAJA DAN TELAH PUN BERKHIDMAT SELAMA 20 TAHUN DENGAN ANGKATAN TENTERA. BELIAU BERASAL DARI KELANTAN. LAIN-LAIN DALAM GAMBAR IALAH ENCIK A. PERU MOHAMED, PENGARAH PERKHIDMATAN LATIHAN, KEMENTERIAN BURUH DAN TENAGA RAKYAT, ENCIK IBRAHIM BIN MOHAMED, PENGETUA PUSAT ITU DAN ENCIK ROBERT BELL, PROJECT MANAGER, (ILO) INTERNATIONAL LABOUR ORGANISATION/ (UNDP) UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME, DARI KEMENTERIAN BURUH DAN TENAGA RAKYAT. G.12810(I)
No Penerimaan : 2001/0042151W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 11/07/1973
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :