Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : YANG DI-PERTUAN AGONG, SULTAN ISKANDAR, SAMBUTAN KETIBAAN DARI JOHOR BAHRU, PEMERIKSAAN BARISAN KAWALAN KEHORMAT, PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA, SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR; 26.4.1984
Deskripsi : KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-8, AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ DAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG DISAMBUT DENGAN PENUH ISTIADAT SEBAIK SAHAJA BERANGKAT TIBA DARI JOHOR BAHRU DI PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM), DI SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR PAGI INI (26.4.1984). KETUA SETIAUSAHA NEGARA, TAN SRI HASHIM AMAN DAN ISTERI MENAIKI KAPAL TERBANG KHAS DIRAJA MEMPERSILAKAN SERI PADUKA BAGINDA BERDUA BERANGKAT TURUN DARIPADA PESAWAT TERSEBUT DIIRINGI OLEH MENTERI PENGIRING, MENTERI KERJA RAYA, DATUK S. SAMY VELLU DAN ISTERI. SERENTAK DENGAN ITU TEMBAKAN MERIAM 27 DAS DILEPASKAN. SERI PADUKA BERDUA DISAMBUT OLEH PERDANA MENTERI, DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD DAN DATUK PADUKA DATIN SERI DR. SITI HASMAH. BAGINDA JUGA TELAH MEMERIKSA KAWALAN KEHORMAT YANG TERDIRI DARIPADA 107 PEGAWAI DAN ANGGOTA TENTERA BATALION KE-11 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA DI BAWAH PERINTAH MEJAR ABU BAKAR BABA DAN KEMUDIAN MENERIMA TABIK HORMAT. PERDANA MENTERI, DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD TELAH MEMPERKENALKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK MUSA HITAM DAN DATIN MARIA, MENTERI-MENTERI KABINET DAN ISTERI MASING-MASING KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG. GAMBAR MENUNJUKKAN BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEDANG MEMERIKSA PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT. G.18849
No Penerimaan : 2001/0048713W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 26/04/1984
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :