Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL YANG KETIGA MAJLIS PARLIMEN YANG KEENAM, YANG DI PERTUAN AGONG, TUANKU ISKANDAR SHAH MENUJU KE DEWAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR; 25.03.1985
Deskripsi : DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG TELAH BERKENAN BERANGKAT KE ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL YANG KETIGA MAJLIS PARLIMEN YANG KEENAM DI PARLIMEN PADA PAGI INI (25HB MAC, 1985). TURUT BERANGKAT SAMA IALAH, DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG. TIUPAN NAFIRI DIMAINKAN SETIBANYA BAGINDA BERDUA DI PERKARANGAN PARLIMEN DENGAN DISAMBUT OLEH PERDANA MENTERI DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD DAN DATUK PADUKA DATIN SERI DR. SITI HASMAH MOHAMAD ALI; TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATO MUSA HITAM DAN DATIN MARIA MUSA; YANG DI PERTUAN DEWAN NEGARA, TAN SRI ISMAIL KHAN DAN SPEAKER DEWAN RAKYAT, TAN SRI DATO MOHAMAD ZAHIR ISMAIL SERTA ISTERI MASING-MASING. SELEPAS LAGU NEGARAKU DIMAINKAN OLEH KOR REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA YANG DISERTAI OLEH 21 DAS TEMBAKAN MERIAM, SERI PADUKA BAGINDA DENGAN DIIRINGI OLEH MAJOR AZIZ MOHAMAD AWAL KEMUDIAN MEMERIKSA KAWALAN KEHORMAT YANG TERDIRI DARIPADA REJIMEN 11 ASKAR MELAYU DI RAJA. SELESAI MEMERIKSA BARISAN KEHORMAT BAGINDA KEMUDIAN MASUK KE DEWAN UNTUK BERTITAH KEPADA DEWAN. GAMBAR DI SEKITAR MENUNJUKKAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG SEDANG MENUJU DEWAN UNTUK BERTITAH. G.19551
No Penerimaan : 2001/0049433W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 25/03/1985
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :