Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : PILIHANRAYA KECIL KAWASAN ULU MUAR, KUALA PILAH, CALON BARISAN NASIONAL, ENCIK ALI HAJI MANAT MENANG TANPA BERTANDING; 19.09.1981
Deskripsi : CALON BARISAN NASIONAL, ENCIK ALI HAJI MANAT 40 TAHUN, TELAH DIUMUMKAN MENANG TANPA BERTANDING DALAM KAWASAN PILIHANRAYA KECIL NEGERI, KAWASAN ULU MUAR, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA ENCIK YAAKOB BIN MOHAMAD MENGUMUMKAN DEMIKIAN SELEPAS TAMAT TEMPOH BANTAHAN PENAMAAN CALON DI PEJABAT DAERAH KUALA PILAH, PADA TENGAHARI INI (17HB SEPTEMBER, 1981). BELIAU TELAH MENOLAK KERTAS PENAMAAN CALON PARTI PERTUBUHAN ANGKATAN ISLAM SE-MALAYA (PAS), ENCIK UJANG BIN HAJI YATIM DAN MENGUMUMKAN CALON BARISAN NASIONAL SEBAGAI WAKIL RAKYAT YANG SAH BAGI KAWASAN ULU MUAR, KUALA PILAH. TERDAHULU DARIPADA ITU ENCIK ALI BIN HAJI MANAT, CALON BARISAN NASIONAL TELAH DIIRING OLEH LEBIH KURANG 1,000 ORANG PENYOKONG BARISAN NASIONAL TERDIRI DARIPADA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN, DATO RAIS YATIM; MENTERI TIDAK BERPOTFOLIO DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATO HAJI MOHAMED NASIR; TIMBALAN MENTERI PENERANGAN, DATO EMBONG YAHYA; TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DR. GOH CHENG TEIK; SETIAUSAHA AGUNG UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION (U.M.N.O), DATO MUSTAPHA JABAR DAN LAIN-LAIN LAGI UNTUK MENYERAHKAN BORANG PENAMAAN CALONNYA KEPADA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA. GAMBAR MENUNJUKKAN ENCIK ALI BIN HAJI MANAT TELAH DIJULANG OLEH PENYOKONG-PENYOKONG BARISAN NASIONAL SELEPAS SAHAJA DIUMUMKAN BELIAU MENANG TANPA BERTANDING. G.17113
No Penerimaan : 2001/0046607W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 17/09/1981
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :