Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : DR. SITI HASMAH MOHD ALI, MENERIMA SUMBANGAN DERMA DARI PENGERUSI BANK PUSAT KERJASAMA BAGI PIHAK BAKTI (BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI MENTERI), 6.12.1983.
Deskripsi : DATUK PADUKA DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI, SELAKU YANG DI PERTUA PERSATUAN BAKTI (BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI MENTERI) DAN PENAUNG TABUNG PAHLAWAN MALAYSIA HARI INI (6HB DISEMBER 1983) TELAH MENERIMA SUMBANGAN DERMA DARI SEPULUH BUAH PERTUBUHAN YANG TERDIRI DARI BANK, SYARIKAT PERNIAGAAN DAN BADAN BERKANUN SERTA DARI ORANG PERSEORANGAN DI SRI PERDANA, KUALA LUMPUR. DATUK PADUKA DATIN SERI DR. SITI HASMAH TELAH MENERIMA SEJUMLAH RM15,000 DARIPADA BANK PUSAT KERJASAMA DAN ESSO BAGI PERSATUAN BAKTI (BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI MENTERI). BELIAU JUGA MENERIMA BAGI PIHAK TABUNG BEKAS PERAJURIT MALAYSIA SEJUMLAH RM50,490 DARIPADA SIME DARBY, BANK PUSAT KERJASAMA, AMALGAMARED STEEL MILL, FELDA (FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY), FEDERAL IRONWORKS DAN SUMBANGAN PERSEORANGAN DARI ADIK ZARINA AZEAN BINTI DR. ZUBAIDI. TURUT HADIR DI UPACARA TERSEBUT IALAH PENGERUSI SIME DARBY, TUN TAN SIEW SIN, PENGERUSI BANK PUSAT KERJASAMA, DATUK HAJI HASSAN WAHAB, DAN YANG DI PERTUA PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA, JENERAL TAN SRI ABDUL HAMID BIDIN, DATIN MARIA MUSA SERTA AHLI-AHLI BAKTI (BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI MENTERI). GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN: 1. DATUK PADUKA DATIN SERI DR. SITI HASMAH MENERIMA CEK BENILAI RM10,000 DARI PENGERUSI BANK PUSAT KERJASAMA, DATUK HAJI HASSAN WAHAB BAGI PERSATUAN BAKTI (BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI MENTERI). 2. DATUK PADUKA DATIN SERI DR. SITI HASMAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERJUMLAH RM50,490 KEPADA YANG DI PERTUA PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA, JENERAL TAN SRI ABDUL HAMID BIDIN. TURUT KELIHATAN TUN TAN SIEW SIN DAN DATIN MARIA. 3. ADIK ZARINA AZEAN ZUBAIDI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PERSENDIRIAN SEBANYAK RM70 KEPADA TABUNG PERSATUAN BEKAS PERAJURIT MALAYSIA. G.18662
No Penerimaan : 2001/0048520W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 06/12/1983
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :