Pendaftaran Baharu
Log Masuk
Portal
Katakunci
Dokumen Digital
BM
ENG
Dokumen Digital
Sumber
Artifak
Video
Audio
Imej
Dokumen
Umum
Laman Utama »
Dokumen Digital
»
Kandungan Bahan
Carian Terperinci
Reset
Jumlah
289,418
:
Dokumen
206,481
:
Imej
81,764
:
Audio
1,137
:
Video
36
:
Artifak
0
:
Dokumen Digital
0
Klik untuk kembali ke laman sebelumnya:
Kembali
Prebiu
Klik
ikon
untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk
:
SYED NASIR ISMAIL, TAN SRI DATUK, SPEAKER DEWAN RAKYAT, UPACARA PENGEBUMIAN BERISTIADAT, MAKAM PAHLAWAN, MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR; 17.3.1982
Deskripsi
:
KERAJAAN TELAH MENGADAKAN UPACARA PENGEBUMIAN BERISTIADAT BAGI SPEAKER DEWAN RAKYAT TAN SRI DATUK SYED NASIR ISMAIL YANG TELAH MENINGGAL DUNIA DISEBABKAN SAKIT JANTUNG MALAM KELMARIN (16.3.1982) DI HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR. SEMENJAK DARI PAGI-PAGI LAGI RAMAI RAKYAT DARI SEGENAP LAPISAN TELAH MENZIARAHI JENAZAH ALLAHYARHAM DI RUMAHNYA, JALAN BALAU, BUKIT DAMANSARA, KUALA LUMPUR TERMASUK PEMIMPIN-PEMIMPIN TANAHAIR DAN JUGA PARA DIPLOMAT ASING YANG DITAULIAHKAN KE MALAYSIA. ALLAHYARHAM TAN SRI SYED NASIR ISMAIL TELAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI PERKARANGAN MAKAM PAHLAWAN MASJID NEGARA PADA JAM 2.30 PETANG HARI INI (17.3.1982) DENGAN DISAKSIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN TANAHAIR TERMASUK DUA ORANG BEKAS PERDANA MENTERI, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, TUN HUSSEIN ONN DAN PERDANA MENTERI DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD. PENGUSUNGAN JENAZAH BERMULA DARI PADANG MERBOK, JALAN PARLIMEN DENGAN DIDAHULUI OLEH PANCARAGAM POLIS DI RAJA DIIKUTI OLEH TUJUH ORANG PEGAWAI PASUKAN KESELAMATAN MEMBAWA BINTANG-BINTANG KEBESARAN YANG DIANUGERAHKAN OLEH KERAJAAN-KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI KEPADA ALLAHYARHAM KERANA JASA DAN KHIDMAT KEPADA NEGARA, DIIKUTI OLEH KERETA JENAZAH, DI BELAKANGNYA PULA IALAH BALU ALLAHYARHAM PUAN SRI SHARIFAH AISHAH BINTI SYED MOHAMAD SERTA ANAK-ANAK DAN KEMUDIAN PEMIMPIN-PEMIMPIN TANAHAIR DENGAN DIKETUAI OLEH DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD, PARA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, SETIAUSAHA PARLIMEN, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN DAN JUGA RAKYAT BIASA. JENAZAH ALLAHYARHAM TELAH DISEMBAHYANGKAN DI MASJID NEGARA SEBELUM UPACARA PENGEBUMIAN DILANGSUNGKAN. IMAM BESAR MASJID NEGARA, USTAZ ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ TELAH MEMBACAKAN TALKIN DAN DOA SELAMAT. GAMBAR MENUNJUKKAN DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD SEDANG MENABUR BUNGA DI ATAS PUSARA ALLAHYARHAM TAN SRI SYED NASIR ISMAIL DENGAN DIPERHATIKAN OLEH BALU ALLAHYARHAM PUAN SRI SHARIFAH AISHAH (KIRI) DAN ANAK LELAKINYA (KANAN). G.17321
No Penerimaan
:
2001/0047004W
Media Asal
:
GAMBAR FOTO
Subjek
:
PERISTIWA
Sumber
:
PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh
:
17/03/1982
Jenis Rekod
:
IMEJ
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Hit
:
×
Notifikasi
Harap maaf! Untuk menambah bahan ini tuan/puan perlu log masuk/pendaftaran baru.
×
PANDUAN CARIAN