Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN, PARA PEGAWAI/ANGGOTA TENTERA, LEFTENAN K. MARAPPAN MENERIMA DARJAH AMN DARIPADA YANG DI PERTUAN AGONG, ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR: 13.9.1980
Deskripsi : KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG HARI INI BERKENAN MENGURNIAKAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG-BINTANG DAN PINGAT-PINGAT BAGI NEGARA MALAYSIA KEPADA 150 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA TENTERA DARI 3 CAWANGAN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA. ISTIADAT PENGURNIAAN TERSEBUT BERLANGSUNG DI BALAI RONG SERI, ISTANA NEGARA DENGAN DISAKSIKAN OLEH MENTERI PERTAHANAN YANG JUGA MENJADI MENTERI PENGIRING, YANG BERHORMAT DATO AMAR HAJI ABDUL TAIB MAHMUD; KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA, YANG BERHORMAT JENERAL TAN SRI DATO HAJI MOHD. SANI; KETUA-KETUA TURUS TENTERA DARAT, LAUT DAN UDARA, PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI TENTERA DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN YANG LAIN SERTA ISTERI MASING-MASING. KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TELAH BERANGKAT MENCEMAR DULI DALAM ISTIADAT PENGURNIAAN INI YANG DIADAKAN KHAS UNTUK ANGGOTA TENTERA SEMPENA DENGAN HARI ANGKATAN TENTERA. SEBELUM MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN DILANGSUNGKAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG TELAH BERKENAN MEMERIKSA SATU PERBARISAN KEHORMATAN YANG DIADAKAN DI HADAPAN HALAMAN ISTANA NEGARA. PERBARISAN TERSEBUT TERDIRI DARI 123 ORANG PEGAWAI/ANGGOTA DARI PASUKAN TENTERA DARAT, LAUT DAN UDARA YANG DIPERINTAH OLEH MAJOR AHMAD ZUBIR BIN MUHAMAD. KAWALAN KESELAMATAN TERSEBUT DIIRINGI OLEH PANCARAGAM ASKAR MELAYU DIRAJA DI BAWAH PIMPINAN KAPTEN HAMZAH BIN LELA RAJA ABDULLAH. PARA PEGAWAI DAN ANGGOTA TENTERA YANG TELAH MENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG SERTA PINGAT KHAS PADA PAGI INI TERDIRI DARI 5 ORANG PEGAWAI TINGGI YANG MENERIMA DARJAH JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.), SEORANG MENERIMA DARJAH JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.), 24 DARJAH KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.), 40 DARJAH AHLI MANGKU NEGARA (AMN), 72 PINGAT PANGKUAN NEGARA (PPN), G.16605
No Penerimaan : 2001/0046147W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 13/09/1980
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :