Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK, DATUK AMAR DUNSTAN ENDAWIE MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI, ISTANA KUCING, SARAWAK;25.9.1979
Deskripsi : ENAM ORANG AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK DILANTIK PAGI INI (25HB SEPTEMBER, 1979) TELAH MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SARAWAK DI HADAPAN YANG DI PERTUA NEGERI TUN DATUK PATINGGI ABANG HAJI MUHAMAD SALAHUDDIN DI ISTANA KUCING, SARAWAK. MEREKA IALAH DATUK AMAR SIM KHENG HONG, DATUK AMAR DUNSTAN ENDAWIE, DATUK ALFRED JABU, DR. WONG SOON KAI, ENCIK CELESTINE UJANG DAN ENCIK JOSEPH BALAN SELING. LIMA ORANG AHLI LAIN JUGA TELAH MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PEMBANTU MENTERI. MEREKA IALAH PUAN HAFSAH HARUN, ENCIK CHONG KIUN KONG, ABANG HAJI AHMAD URAI DATUK HAKIM MOHIDEEN, ENCIK AMBROSE GRAMONG DAN ENCIK MICHAEL BEN. SELEPAS UPACARA TERSEBUT, DOA SELAMAT TELAH DILAFAZKAN OLEH MUFTI SARAWAK, DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN. ANTARA MEREKA YANG HADIR DALAM UPACARA MENGANGKAT SUMPAH ITU IALAH BEKAS YANG DI PERTUA NEGERI TUN DATUK PATINGGI TUANKU HAJI BUJANG, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR TAN SRI ONG KEE HUI, MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN POS ENCIK LEO MOGGIE, TIMBALAN MENTERI PERTANIAN ENCIK EDMUN LANGGU, SETIAUSAHA NEGERI DATUK ABANG HAJI YUSUF PUTEH, SETIAUSAHA PERSEKUTUAN ENGKU DATUK IBRAHIM NGAH, SETIAUSAHA KEWANGAN NEGERI DATUK HAJI BUJANG MOHD. NOR, PEGUAM NEGERI DATUK JEMURI SERJAN, KETUA-KETUA JABATAN KERAJAAN, PARA PEMIMPIN MASYARAKAT SERTA ISTERI MASING-MASING. GAMBAR MENUNJUKKAN DATUK AMAR DUNSTAN ENDAWIE SEDANG MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SARAWAK DI MAJLIS TERSEBUT. G.16181
No Penerimaan : 2001/0045665W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 25/09/1979
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :