Pendaftaran Baharu
Log Masuk
Portal
Katakunci
Dokumen Digital
BM
ENG
Dokumen Digital
Sumber
Artifak
Video
Audio
Imej
Dokumen
Umum
Laman Utama »
Dokumen Digital
»
Kandungan Bahan
Carian Terperinci
Reset
Jumlah
289,479
:
Dokumen
206,542
:
Imej
81,764
:
Audio
1,137
:
Video
36
:
Artifak
0
:
Dokumen Digital
0
Klik untuk kembali ke laman sebelumnya:
Kembali
Prebiu
Klik
ikon
untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk
:
RIWAYAT HIDUP PENGANTIN DI RAJA YANG MULIA TUNKU KAMIL IKRAM BIN TUNKU PANGLIMA BESAR TENGKU ABDULLAH
Deskripsi
:
YANG MULIA TUNKU KAMIL IKRAM IALAH PUTERA KEPADA TUNKU PANGLIMA BESAR, TUNKU ABDULLAH IBNI AL-MARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN DENGAN TUNKU ZAHARAH BINTI TUNKU ZAKARIA. YANG MULIA TELAH DIPUTERAKAN DI ISTANA HINGGAP, KUALA LUMPUR PADA 30HB APRIL, 1956. APABILA SAMPAI UMURNYA TUJUH TAHUN YANG MULIA TELAH DIHANTAR KE SEKOLAH SULTAN ISMAIL KEMAMAN. YANG MULIA TINGGAL DI "TITIK INN" BERSAMA BONDANYA YANG DI MANA LEBIH KURANG DUA PULUH BATU KE UTARA BANDAR KUANTAN. YANG MULIA BERULANG SETIAP HARI MENAIKI BAS SEHINGGA TINGKATAN EMPAT. PADA TAHUN 1974, YANG MULIA TELAH MENYAMBUNG PELAJARANNYA DI TINGKATAN LIMA DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN DAN TELAH MENGAMBIL PEPERIKSAAN MCE DI SEKOLAH TERSEBUT. YANG MULIA MENGINAP DI ASRAMA DI SEKOLAH ITU. PADA TAHUN 1975 YANG MULIA TELAH MELANJUTKAN PELAJARANNYA DI BOURNMOUTH COLLEGE OF TECHNOLOGY, UNITED KINGDOM, DALAM BIDANG "PENGURUS HOTEL", YANG MULIA JUGA TELAH MENGIKUTI KURSUS DALAM BIDANG MARKETING. DALAM MASA PERSEKOLAHAN, YANG MULIA TERKENAL SEBAGAI SEORANG AHLI SUKAN. PERMAINAN YANG PALING DIGEMARINYA IALAH RUGBY. YANG MULIA PERNAH MEWAKILI SEKOLAHNYA SAMADA DI MALAYSIA MAHUPUN DI UNITED KINGDOM UNTUK BERLAWAN DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG LAIN. YANG MULIA JUGA SUKA BERMAIN BADMINTON DAN PERAHU LAYAR (WIND SURFING). SEMENJAK DARI SEKOLAH LAGI, YANG MULIA SUKA BERMAIN MUZIK, DRAMA DAN NYANYIAN. YANG MULIA PERNAH MEWAKILI SEKOLAHNYA DI DALAM PERTANDINGAN KOIR DI PERINGKAT KEBANGSAAN. DI ANTARA ALAT-ALAT MUZIK YANG DIGEMARI IALAH GITAR DAN TROMPET. YANG MULIA BERMINAT DI DALAM PERLUMBAAN KERETA SEBELUM MELANJUTKAN PELAJARANNYA KE UNITED KINGDOM. SEMASA DI UNITED KINGDOM, YANG MULIA TELAH MEMASUKI SEKOLAH "BELAJAR MEMBAWA KERETA LUMBA" DI "JAMES RUSSEL RACING DRIVER'S SCHOOL", NORFOLK. PADA TAHUN 1980, YANG MULIA TELAH MEMASUKI PERLUMBAAN KERETA YANG DIADAKAN DI ENGLAND DALAM KATEGORI "SPECIAL SALOON". G.16660
No Penerimaan
:
2001/0046191W
Media Asal
:
GAMBAR FOTO
Subjek
:
PERISTIWA
Sumber
:
PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh
:
16/10/1980
Jenis Rekod
:
IMEJ
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Hit
:
×
Notifikasi
Harap maaf! Untuk menambah bahan ini tuan/puan perlu log masuk/pendaftaran baru.
×
PANDUAN CARIAN