Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEDUA PARLIMEN KELIMA, TITAH UCAPAN OLEH YANG DI PERTUAN AGONG, DI BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR; 17.3.1980
Deskripsi : DULI-DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG HARI INI (17HB MAC, 1980) TELAH BERKENAN BERANGKAT MENCEMAR DULI KE ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEDUA PARLIMEN KELIMA DI BANGUNAN PARLIMEN. SERI PADUKA BAGINDA BERDUA DENGAN DIIRINGI OLEH PERDANA MENTERI, DATUK HUSSEIN ONN, YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT, TAN SRI SYED NASIR ISMAIL DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD, BERANGKAT MASUK KE DEWAN DI MANA SERI PADUKA BAGINDA KEMUDIANNYA TELAH MELAFAZKAN TITAH UCAPAN SERENTAK KEPADA KEDUA-DUA DEWAN. TERDAHULU DARI ITU, BAGINDA TELAH MENERIMA TABIK KEHORMAT DIIKUTI DENGAN PEMERIKSAAN PERBARISAN YANG TERDIRI DARI 105 ORANG PEGAWAI SERTA ANGGOTA BATALION KETIGA ASKAR MELAYU DIRAJA DI BAWAH PERINTAH MAJOR MOHD. NOR AHMAD. SEMASA UPACARA TERSEBUT DIJALANKAN, TEMBAKAN MERIAM 21 DAS DILEPASKAN OLEH 'B' BATERI SATU REJIMEN MERIAM. TURUT MENGIRINGI UPACARA TERSEBUT IALAH PANCARAGAM KOR KALVARI DIRAJA DI BAWAH PIMPINAN MAJOR MAHMUD BIN ARSHAD. TURUT HADIR BAGI MENYAKSIKAN UPACARA YANG GILANG-GEMILANG ITU IALAH MENTERI-MENTERI KABINET, TIMBALAN MENTERI-TIMBALAN MENTERI, AHLI-AHLI DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT SERTA WAKIL-WAKIL DARI KEDUTAAN ASING DAN ISTERI MASING-MASING. GAMBAR MENUNJUKKAN SERI PADUKA BAGINDA SEDANG BERTITAH (PANDANGAN DEKAT). G.16472
No Penerimaan : 2001/0046030W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 17/03/1980
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :