Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTIADAT PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG KE 7, PEMERIKSAAN KAWALAN KEHORMATAN DI RAJA, DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR; 10.7.1980
Deskripsi : UPACARA ISTIADAT PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE-7 DAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TELAH BERLANGSUNG DENGAN PENUH BERSEJARAH DAN GILANG-GEMILANG DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR PADA HARI INI 10HB JUL, 1980. ISTIADAT PERTABALAN INI TELAH DILANGSUNGKAN DI BALAI RONG SERI DENGAN DISAKSIKAN OLEH DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU, PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NEGERI BRUNEI, SIR MUDA HASSANUL BOLKIAH MUIZZADDIN WADDAULAH, YANG DI PERTUA-YANG DI PERTUA NEGERI MELAKA, PULAU PINANG, SABAH DAN SARAWAK, PERDANA MENTERI DATO' HUSSEIN ONN, JEMAAH MENTERI, HAKIM-HAKIM DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN. KEBERANGKATAN TIBA BAGINDA BERDUA DARI ISTANA PAHANG TELAH DISAMBUT OLEH DATO' HUSSEIN ONN DAN DATIN SUHAILAH SERTA MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI, TAN SRI GHAZALI SHAFIE SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA PUSAT PERTABALAN DAN PUAN SRI KHATIJAH. DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KEMUDIANNYA DENGAN DIIRINGI OLEH DATO' HUSSEIN ONN DAN DATIN SUHAILAH TELAH NAIK KE PENTAS DI RAJA DI MANA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG TELAH MENERIMA TABIK KEHORMATAN DARI 113 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA DARAT, LAUT DAN UDARA DI BAWAH PIMPINAN KOMANDER KAWALAN KEHORMATAN, MEJOR AHMAD ZUBIR. LAGU NEGARAKU TELAH DIMAINKAN OLEH PASUKAN PANCARAGAM TENTERA DARAT DIBAWAH PIMPINAN MEJOR MAHMUD ARSHAD. SETELAH MENERIMA TABIK KEHORMATAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG PUN BERANGKAT KE BALAI RONG SERI UNTUK MELAKUKAN UPACARA PERTABALAN. GAMBAR MENUNJUKKAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DENGAN DIIRINGI OLEH MEJOR AHMAD ZUBIR SEDANG MEMERIKSA KAWALAN KEHORMATAN DI RAJA. G.16533 (N.367/90)
No Penerimaan : 2001/0046091W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 10/07/1980
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :