Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH-DARJAH, YANG DI PERTUAN AGONG MENERIMA DARJAH LAILA UTAMA BRUNEI DARIPADA SULTAN BRUNEI, ISTANA PAHANG, KUALA LUMPUR; 9.7.1980
Deskripsi : SATU UPACARA PENGANUGERAHAN DARJAH-DARJAH ANTARA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN BRUNEI TELAH BERLANGSUNG HARI INI 9HB JUL, 1980 DI ISTANA PAHANG, KUALA LUMPUR. DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG TELAH MENGANUGERAHKAN DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.) KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI PERTUAN NEGERI BRUNEI. DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN BRUNEI PULA TELAH MENGANUGERAHKAN DARJAH KERABAT YANG AMAT DI HORMATI DARJAH LAILA UTAMA (D.K.) KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG. TURUT BERANGKAT DIUPACARA TERSEBUT IALAH DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI BEGAWAN SULTAN. JUGA TURUT HADIR IALAH PERDANA MENTERI DATO' HUSSEIN ONN DAN MENTERI-MENTERI KABINET. SELESAI UPACARA TERSEBUT DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN BRUNEI TELAH SANTAP TENGAHARI BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DI DEWAN SANTAP ISTANA PAHANG. GAMBAR MENUNJUKKAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG SEDANG MENYAMBUT PENGANUGERAHAN DARJAH LAILA UTAMA (D.K.) BRUNEI DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN BRUNEI. G.16531 (N.366/90)
No Penerimaan : 2001/0046089W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 09/07/1980
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :