Pendaftaran Baharu
Log Masuk
Portal
Katakunci
Dokumen Digital
BM
ENG
Dokumen Digital
Sumber
Artifak
Video
Audio
Imej
Dokumen
Umum
Laman Utama »
Dokumen Digital
»
Kandungan Bahan
Carian Terperinci
Reset
Jumlah
289,469
:
Dokumen
206,532
:
Imej
81,764
:
Audio
1,137
:
Video
36
:
Artifak
0
:
Dokumen Digital
0
Klik untuk kembali ke laman sebelumnya:
Kembali
Prebiu
Klik
ikon
untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk
:
YANG DI PERTUAN AGONG MENYAMPAIKAN PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA KEPADA BALU MENDIANG PEGAWAI WARREN LENGU ANAK CHINA; 26.8.1975.
Deskripsi
:
DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG PADA 26HB OGOS 1975 TELAH BERKENAN MENYAMPAIKAN PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA KEPADA BALU MENDIANG PEGAWAI WARREN LENGU ANAK CHINA DARI BATALION PERTAMA RENJER MALAYSIA. MENDIANG LENGU ANAK CHINA IALAH ANGGOTA ANGKATAN TENTERA YANG PERTAMA MENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN TERTINGGI NEGARA ITU, DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DALAM TAHUN 1971. PEGAWAI WARREN LENGU ANAK CHINA BERSAMA-SAMA DENGAN SATU PASUKAN 13 ORANG DIBAWAH PERINTAH LEFTENAN MUDA ANWAR BASHA KHAN BIN ZAKARIAH SEDANG MEMBUAT RONDAAN DENGAN MENGGUNAKAN DUA BUAH PERAHU PANJANG DI NANGGA ANGKUAH DALAM KAWASAN KETIBAS, BAHAGIAN KETIGA, SARAWAK BILA TIBA-TIBA DISERANG HENDAP OLEH SEKUMPULAN PENGGANAS KOMUNIS SERAMAI KIRA-KIRA 30 ORANG. DALAM MASA TEMBAKAN MUSUH YANG PERTAMA ENJIN KEDUA-DUA BUAH PERAHU PANJANG TELAH KENA SASARAN PELURU DAN ROSAK. RENJER SUNTAI ANAK DIN DARIPADA SAMPAN PERTAMA DAN RENJER UNGUK ANAK MAMBANG, RENJER SHAFIE BIN SAAT, RENJER KAN ANYER DARIPADA PUSUKAN KEDUA TELAH TERBUNUH SERTA-MERTA. SUNGGUHPUN MENERIMA KEMALANGAN YANG TERUK, KEDUA-DUA PASUKAN ITU DENGAN BERANINYA TELAH MEMBALAS TEMBAKAN MUSUH. KETUA PASUKAN, LEFTENAN MUDA ANWAR BASAH KHAN BIN ZAKARIAH TELAH CUBA MENGHIDUPKAN ENJIN PERAHU YANG PERTAMA TETAPI BELIAU TELAH DITEMBAK DIKEPALANYA. PEGAWAI WARREN LENGU ANAK CHINA YANG BERADA DI SAMPAN YANG KEDUA BERSAMA-SAMA DUA ORANG YANG LAIN YANG MASIH SELAMAT MENGHALAKAN SAMPANNYA KE ARAH TEBING SUNGAI TEMPAT MUSUH DAN TERUS MEMBALAS TEMBAKAN. DALAM SUASANA TEMBAK MENEMBAK ITU, KEDUA-DUA ANGGOTA ITU TERBUNUH SEMENTARA LENGU ANAK CHINA CEDERA PARAH DI PERUT, KAKI DAN KEPALA KEMUDIANNYA TELAH DISELAMATKAN OLEH PEGAWAI PEMERINTAH BATALION TERSEBUT YANG KEBETULAN MENYUSUR DI BELAKANG PASUKAN TERSEBUT DAN MEMBAWANYA KE MARKAS TAKTIKAL DIMANA PEGAWAI WARREN LENGU ANAK CHINA MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR DI HADAPAN ISTERINYA. G.14026
No Penerimaan
:
2001/0043540W
Media Asal
:
GAMBAR FOTO
Subjek
:
PERISTIWA
Sumber
:
PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh
:
26/08/1975
Jenis Rekod
:
IMEJ
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Hit
:
×
Notifikasi
Harap maaf! Untuk menambah bahan ini tuan/puan perlu log masuk/pendaftaran baru.
×
PANDUAN CARIAN