Pendaftaran Baharu
Log Masuk
Portal
Katakunci
Dokumen Digital
BM
ENG
Dokumen Digital
Sumber
Artifak
Video
Audio
Imej
Dokumen
Umum
Laman Utama »
Dokumen Digital
»
Kandungan Bahan
Carian Terperinci
Reset
Jumlah
289,470
:
Dokumen
206,533
:
Imej
81,764
:
Audio
1,137
:
Video
36
:
Artifak
0
:
Dokumen Digital
0
Klik untuk kembali ke laman sebelumnya:
Kembali
Prebiu
Klik
ikon
untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk
:
BURMA, TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, BRIGEDIER TIN OO, LAWATAN KE MALAYSIA, KUNJUNGAN KE ATAS MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PERTAHANAN, KUALA LUMPUR; 30.08.1973
Deskripsi
:
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MERANGKAP TIMBALAN KEPALA SETAR (DARAT) BURMA, BRIGEDIER TIN OO, YANG SEDANG MEMBUAT LAWATAN KE MALAYSIA SELAMA LAPAN HARI TELAH MELAWAT KEMENTERIAN PERTAHANAN, KUALA LUMPUR, HARI INI, 30HB OGOS, 1973 DI MANA BELIAU TELAH MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MENTERI PERTAHANAN, YANG BERHORMAT DATUK HAJI HAMZAH BIN HAJI ABU SAMAH, DAN KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA, JENDERAL TAN SRI IBRAHIM BIN ISMAIL. MEREKA TELAH BERTUKAR-TUKAR CENDERAMATA. YANG BERHORMAT DATUK HAJI HAMZAH BIN HAJI ABU SAMAH MENGHADIAHKAN SEBUAH TEMPAT ROKOK PERAK KEPADA BRIGEDIER TIN OO. JENDERAL TAN SRI IBRAHIM MELALUI BRIGEDIER TIN OO MENGHADIAHKAN KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI, MENTERI PERTAHANAN DAN KEPALA SETAF ANGKATAN TENTERA BURMA, JENDERAL SAN YU DENGAN SEBILAH KERIS KELANTAN DAN LAMBANG ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. SEMENTARA HADIAH JENDERAL TAN SRI IBRAHIM KEPADA BRIGEDIER TIN OO IALAH BERUPA "PEWTER TRAY DAN GOBLET", DAN SEHELAI BAJU BATIK KEPADA TIAP-TIAP SEORANG ANGGOTA ROMBONGAN ITU. JENDERAL TAN SRI IBRAHIM DAN BRIGEDIER TIN OO TELAH BERTUKAR-TUKAR FIKIRAN (VIEWS) MENGENAI ANGKATAN TENTERA KEDUA-DUA BUAH NEGARA. TERDAHULU DARI ITU BRIGEDIER TIN OO TELAH MEMERIKSA SATU PERBARISAN KEHORMATAN TERDIRI DARI DUA ORANG PEGAWAI DAN 53 ORANG LAIN-LAIN PANGKAT DARI BATALION KEEMPAT, REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, DI BAWAH PERINTAH MEJAR ABDULLAH BIN SALLEH. PANCARAGAM TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA TELAH MENYERIKAN MAJLIS. ROMBONGAN BRIGEDIER TIN OO KEMUDIANNYA TELAH MENGHADIRI SATU TAKLIMAT MENGENAI ORGANISASI DAN PERANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA OLEH KETUA TURUS, BRIGEDIER JENDERAL JAAFAR BIN ONN. GAMBAR MENUNJUKKAN YANG BERHORMAT DATUK HAJI HAMZAH (KANAN) SEDANG MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA BRIGEDIER TIN OO. MEMERHATIKAN (KIRI) IALAH JENDERAL TAN SRI IBRAHIM. G.12964
No Penerimaan
:
2001/0042245W
Media Asal
:
GAMBAR FOTO
Subjek
:
PERISTIWA
Sumber
:
PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh
:
30/08/1973
Jenis Rekod
:
IMEJ
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Hit
:
×
Notifikasi
Harap maaf! Untuk menambah bahan ini tuan/puan perlu log masuk/pendaftaran baru.
×
PANDUAN CARIAN