Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : PUSAT LATIHAN DARAT (PULADA) , PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE SINGAPURA, DATO ABDULLAH BIN ALI MELAWAT PULADA DI ULU TIRAM, JOHOR BHARU; 22.06.1972
Deskripsi : TUAN YANG TERUTAMA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA, KE SINGAPURA, DATO ABDULLAH BIN ALI PADA 22HB JUN 1972 TELAH MELAKUKAN LAWATAN SEHARI KE PUSAT LATIHAN DARAT (PULADA) DI ULU TIRAM, 16 BATU DARI JOHOR BHARU.SEMASA TIBA DI PUSAT ITU, BELIAU TELAH DISAMBUT OLEH KOMANDEN PUSAT LATIHAN DARAT (PULADA), KOLONEL LAI CHUNG WAH, SELEPAS ITU BELIAU MEMERIKSA SATU KAWALAN KUARTER. BELIAU TELAH DIIRINGI OLEH PENASIHAT TENTERA MALAYSIA DI SINGAPURA, LEFTENAN KOLONEL AHMAD BIN HAJI KADIR.DI PEJABAT KOMANDEN, DATO ABDULLAH BIN ALI TELAH DIBERI TAKLIMAT MENGENAI PERTUBUHAN DAN BERBAGAI-BAGAI CARA LATIHAN YANG SEDANG DIAJAR KEPADA BEBERAPA PERINGKAT PEGAWAI, PEGAWAI TAK TAULIAH DAN SOLDADU DALAM ANGKATAN TENTERA. BELIAU KEMUDIANNYA MENYAKSI KIRA-KIRA 40 ORANG PEGAWAI YANG SEKARANG INI MENJALANI KURSUS TAKTIK PEGAWAI MUDA, LATIHAN MENGENAI KAWAD PERANG DENGAN MENGGUNAKAN PELURU HIDUP DITEMBAK SEPERTI BETUL-BETUL BERLAKU. SELEPAS ITU BELIAU MELAWAT KAWASAN LATIHAN DAN MELAWAT CAWANGAN LATIHAN ANJING PUSAT ITU, DI MANA BELIAU DITUNJUKKAN SATU CARA KAWAD MENGGUNAKAN ANJING. BELIAU TELAH DIRAIKAN DENGAN MAJLIS MAKAN TENGAHARI OLEH KOMANDEN PUSAT LATIHAN DARAT (PULADA) DAN PEGAWAI-PEGAWAINYA. GAMBAR MENUNJUKKAN DATO ABDULLAH BIN ALI SEDANG DITUNJUKKAN BEBERAPA JENIS SENJATA YANG SEDANG DIGUNAKAN OLEH ANGKATAN TENTERA OLEH MEJAR ABDUL SHUKOR BIN HAJI JABAR (BERBAJU LORENG). MEMERHATI DI TENGAH-TENGAH IALAH LEFTENAN KOLONEL AHMAD BIN HAJI KADIR. G.11853
No Penerimaan : 2001/0041477W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PERTAHANAN MALAYSIA, KEMENTERIAN
Tarikh : 22/06/1972
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :