Pendaftaran Baharu
Log Masuk
Portal
Katakunci
Dokumen Digital
BM
ENG
Dokumen Digital
Sumber
Artifak
Video
Audio
Imej
Dokumen
Umum
Laman Utama »
Dokumen Digital
»
Kandungan Bahan
Carian Terperinci
Reset
Jumlah
289,482
:
Dokumen
206,545
:
Imej
81,764
:
Audio
1,137
:
Video
36
:
Artifak
0
:
Dokumen Digital
0
Klik untuk kembali ke laman sebelumnya:
Kembali
Prebiu
Klik
ikon
untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk
:
PUSAT KESIHATAN UMUM, KUALA LUMPUR, PENERIMAAN HADIAH LUKISAN MURAL DARI SYARIKAT NESTLE; 30.6.1967.
Deskripsi
:
PUSAT KESIHATAN UMUM DI KUALA LUMPUR TELAH MENERIMA SEBUAH LUKISAN (MURAL) YANG MENGGAMBARKAN TEMA "KESIHATAN ASAS KEMAJUAN". LUKISAN ITU DIHADIAHKAN OLEH SYARIKAT NESTLE DI SATU UPACARA RINGKAS DI PUSAT TERSEBUT MALAM KELMARIN (30HB JUN, 1967). TUAN SAMUEL SENN, PENGURUS BESAR SYARIKAT NESTLE'S PRODUCT (MALAYA) BERHAD, TELAH MENYERAHKAN LUKISAN ITU KEPADA PENGARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN TAN SRI (DR.) MOHD DIN BIN AHMAD. LUKISAN BERUKURAN 5 KAKI X 60 KAKI ITU DILETAKKAN DI SEBELAH PINTU BESAR PUSAT TERSEBUT DAN MENGGAMBARKAN KESIHATAN UMUM SERTA HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH MASYARAKAT SECARA AM. LUKISAN ITU DIBAHAGIKAN KEPADA EMPAT BAHAGIAN. BAHAGIAN PERTAMA - MENGGAMBARKAN BAGAIMANA MASALAH-MASALAH KESIHATAN UMUM ITU ADA HUBUNGANNYA DENGAN LAIN-LAIN MASALAH MASYARAKAT SEPERTI KEMISKINAN, BUTA HURUF DAN KELALAIAN. BAHAGIAN KEDUA - MENGGAMBARKAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DIBERI OLEH KERAJAAN UNTUK MEMPERBAIKI TARAF EKONOMI DAN SOSIAL RAKYAT. BAHAGIAN KETIGA - MENGGAMBARKAN PENYATUAN DAN PENYERTAAN MASYARAKAT. BAHAGIAN KEEMPAT - MENGGAMBARKAN HASIL KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA KERJASAMA DI ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT JELATA (KESIHATAN DAN KEBERSIHAN YANG LEBIH BAIK) MEMBAWA KEPADA PENDAPATAN LEBIH LUMAYAN DAN KEMAKMURAN NEGARA. BAHAGIAN AKHIR MELAMBANGKAN TEMA IAITU "KESIHATAN ASAS KEMAJUAN." LUKISAN ITU DILUKIS OLEH PELUKIS-PELUKIS TEMPATAN, ENCIK A. AZIZ HAJI DAHLAN, A. BAKAR HAMID, A. RAHMAN HAMID DAN DI CIPTA OLEH ENCIK R. NORDIN, DENGAN BANTUAN ENCIK A.F. ANTHONY DARI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA. GAMBAR MENUNJUKKAN (DARI KIRI) PENGARAH PERKHIDMATAN PERUBATAN, TAN SRI (DR.) MOHD DIN, MENTERI KESIHATAN ENCIK BAHAMAN BIN SAMSUDIN, TUAN SEN DAN DR. RAJA AHMAD NOORDIN, PEMANGKU PENGARAH, PUSAT KESIHATAN UMUM (MEMBELAKANGKAN KAMERA), SEDANG MELIHAT LUKISAN ITU. G.6976
No Penerimaan
:
2001/0035895W
Media Asal
:
GAMBAR FOTO
Subjek
:
PERISTIWA
Sumber
:
PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh
:
01/07/1967
Jenis Rekod
:
IMEJ
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Hit
:
×
Notifikasi
Harap maaf! Untuk menambah bahan ini tuan/puan perlu log masuk/pendaftaran baru.
×
PANDUAN CARIAN