Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PENGANGKUTAN - KOMPENI BAS TOONG FONG BERHAD. UPACARA MENANDATANGANI PERJANJIAN, KEMENTERIAN BURUH, KUALA LUMPUR; 10.01.1966
Deskripsi : SATU PERJANJIAN DI ANTARA KOMPENI BAS TOONG FONG BERHAD DAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PENGANGKUTAN (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU) TELAH DITANDATANGANI HARI INI (10HB JANUARI). DENGAN PERJANJIAN ITU KEDUA-DUA PIHAK "TELAH BERSETUJU HENDAK BEKERJASAMA TERHADAP PERHUBUNGAN YANG BAIK DIANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA SUPAYA ORANG RAMAI YANG HENDAK MENAIKI BAS BOLEH DI KELOLAKAN DENGAN SEMPURNANYA". UPACARA MENANDATANGANI ITU TELAH DILAKUKAN DI KEMENTERIAN BURUH OLEH ENCIK NG FOOT LIN, PENGARAH URUSAN KOMPENI ITU, DAN ENCIK V. DAVID, SETIAUSAHA AGONG KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PENGANGKUTAN (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU), MASING-MASING BAGI PIHAK KOMPENI DAN KESATUAN ITU. UPACARA ITU TELAH DISAKSIKAN OLEH SETIAUSAHA PARLIMEN KEPADA KEMENTERIAN BURUH, ENCIK LEE SAN CHOON. GAMBAR MENUNJUKKAN ENCIK NG FOOT LIN (KIRI) SEDANG BERJABAT TANGAN DENGAN ENCIK V. DAVID SELEPAS MENANDATANGANI PERJANJIAN ITU. DISEBELAH BELAKANG (DARI KIRI KE KANAN) IALAH ENCIK LAU SAU CHOON PENASIHAT KEPADA KOMPENI BAS ITU, ENCIK LEE SAN CHOON, DAN ENCIK ABDUL RAHMAN BIN ABU OSMAN, PENOLONG PESURUHJAYA KANAN BAGI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN. G.5017 (N.811/89, NG. 5017)
No Penerimaan : 2001/0030261W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 10/01/1966
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :