Klik untuk kembali ke laman sebelumnya: Kembali
Prebiu
Klik ikon untuk tambah bahan ke senarai minat:
Butiran Bahan
Tajuk : U.S. PEACE CORPS. WAKIL BARU PASUKAN KEAMANAN AMERIKA SYARIKAT, DR.JAMES W.GOULD TIBA DI KUALA LUMPUR; 04.07.1964
Deskripsi : WAKIL BARU PASUKAN KEAMANAN AMERIKA SYARIKAT DI MALAYSIA, DR.JAMES W.GOULD, TELAH TIBA DI KUALA LUMPUR HARI INI (4 JULAI 1964) AKAN MENJAGA 319 ORANG SUKARELA (VOLUNTEERS) YANG BERKHIDMAT DALAM NEGERI-NEGERI MALAYA, SARAWAK DAN SABAH. DR.GOULD YANG DITEMANI OLEH ISTERINYA DAN LIMA ORANG ANAK-ANAKNYA TELAH MEMBERITAHU ORANG-ORANG AKHBAR DI LAPANGAN TERBANG: "MALAYSIA BARANGKALI IALAH SEBUAH NEGARA YANG SANGAT BERJAYA DALAM GERAKAN PASUKAN-PASUKAN KEAMANAN, TERUTAMA DISEBABKAN KERAJAAN MALAYSIA TELAH BERTUGAS MEMPERKEMBANGKAN EKONOMI HINGGA KEPADA BUTIR-BUTIR YANG HALUS. OLEH ITU MALAYSIA DAPAT MEMBERITAHU KAMI DENGAN TEPATNYA AKAN APA YANG DIKEHENDAKI DAN KAMI TELAH DAPAT TURUN BEKERJA APAKALA SAHAJA KAMI TIBA.". DR.GOULD, MENJAWAB PERTANYAAN-PERTANYAAN, TELAH BERKATA INI ADALAH JAUH BEZANYA DIBANDINGKAN DENGAN INDONESIA DI MANA MASA DEPAN GERAKAN-GERAKAN PASUKAN-PASUKAN KEAMANAN TIDAK SANGAT CERAH. BILANGAN SUKARELAWAN-SUKARELAWAN DI INDONESIA PUN SANGAT SEDIKIT. DR.GOULD TELAH BERKHIDMAT SEBAGAI DIPLOMAT AMERIKA SYARIKAT DI JAKARTA DALAM TAHUN 1947-49, SELEPAS ITU BELIAU TELAH MENJADI KONSOL AMERIKA SYARIKAT DI MEDAN SELAMA DUA TAHUN. BELIAU BERKATA KELUARGANYA KENAL BAIK AKAN MALAYA KERANA TELAH DATANG KE SINI BEBERAPA KALI BERCUTI REHAT DALAM MASA IANYA BERKHIDMAT DI INDONESIA. BELIAU BERKATA KESELURUHAN AMERIKA BERPENDAPAT BAHAWA KONFRANTASI PEMERINTAHAN JAKARTA ATAS MALAYSIA IALAH SUATU PERKARA YANG MENYEDIHKAN DAN ADA PERASAAN PENGHARGAAN YANG BERSANGATAN TERHADAP KEDUDUKAN MALAYSIA. "KEBANYAKAN ORANG-ORANG AMERIKA SANGAT BERGEMBIRA TERHADAP TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ DAN MENYEDARI BAHAWA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ TELAH MENJALANKAN TIAP-TIAP LANGKAH UNTUK MEMELIHARA KEAMANAN", KATA BELIAU. GAMBAR MENUNJUKKAN DR. GOULD DAN KELUARGANYA MEMANDANGKAN KEPADA "MURAL" PEMANDANGAN MALAYA DI HUJUNG BANGUNAN LAPANGAN TERBANG. G.1556 (N.946/86)
No Penerimaan : 2001/0025850W
Media Asal : GAMBAR FOTO
Subjek : PERISTIWA
Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
Tarikh : 04/07/1964
Jenis Rekod : IMEJ
Kategori : ARKIB AWAM
Subkategori : PERSEKUTUAN - JABATAN
Lokasi : IBU PEJABAT
Hit :