Khamis, 14 Disember 2017 
Saiz Font :
logo-ofa

Terma dan Syarat Tempahan Arkib Awam

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca, difahami dan dipersetujui sebelum permohonan tempahan arkib awam dikemukakan mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Peraturan Dewan Penyelidikan yang telah ditetapkan:

Tafsiran:

Tempahan” bermaksud sesuatu permohonan untuk merujuk arkib awam.

Rizab” bermaksud perkhidmatan simpan sementara arkib awam.


Syarat Tempahan Arkib Awam

  1. Dewan Penyelidikan
    • Tempahan dibenarkan kepada pengguna yang telah berdaftar sahaja.
    • Tempahan dalam talian dihadkan kepada 5 unit arkib awam sahaja dalam satu masa.
    • Tempahan secara manual dihadkan kepada 10 unit arkib awam sahaja dalam satu masa.

      Arkib awam yang masih perlu dirujuk boleh disimpan sementara selama 3 hari berkerja dari tarikh dipohon.


  2. Dalam Talian
    • Tempahan arkib awam hanya dibenarkan kepada pengguna yang telah berdaftar.
    • Tempahan arkib awam
      1. Dokumen yang belum didigitalkan hendaklah dipohon untuk simpan sementara selama 3 hari berkerja sebelum hadir di Dewan Penyelidikan
      2. Bahan audio yang belum didigitalkan hendaklah dipohon untuk simpan sementara selama 5 hari berkerja sebelum hadir di Dewan Penyelidikan
      3. Bahan video dan filem yang belum didigitalkan hendaklah dipohon untuk simpan sementara selama 14 hari berkerja sebelum hadir di Dewan Penyelidikan
    • Pembatalan
      1. Tempahan boleh dibatalkan oleh pengguna bila-bila masa dari tarikh dipohon.
      2. Tempahan akan terbatal sekiranya pengguna tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
59048 (1)