Khamis, 24 Ogos 2017 
Saiz Font :
logo-ofa

Terma Dan Syarat Pendaftaran Pengguna Arkib

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca, difahami dan dipersetujui sebelum anda mengemukakan permohonan sebagai pengguna arkib:

Borang Pendaftaran” bermaksud borang yang perlu dilengkapkan oleh individu bagi memohon kebenaran merujuk bahan arkib daripada Ketua Pengarah.

Nombor Pendaftaran” bermaksud nombor unik yang diberikan kepada pengguna sebagai identiti pengguna arkib. Nombor ini diberikan mengikut tahun pendaftaran, diikuti dengan nombor seturut pada tahun tersebut.

Pengguna Berdaftar” bermaksud individu yang telah diluluskan permohonannya untuk merujuk arkib awam dan menggunakan kemudahan penyelidikan. Ia juga dipanggil sebagai Pengguna Arkib di dalam terma dan syarat ini.

Pengesahan Pendaftaran” bermaksud maklum balas pengesahan melalui emel individu yang memohon untuk menjadi pengguna arkib.

Pelanggan Arkib” bermaksud pengguna yang memohon, membayar caj langganan mengikut tempoh sahlaku, dan diluluskan oleh Ketua Pengarah akan permohonannya bagi penggunaan kemudahan penyelidikan secara dalam talian.

Pembaharuan Sahlaku” bermaksud dan merujuk kepada permohonan perlanjutan tempoh sahlaku sebagai pelanggan arkib

Penghasilan Semula” bermaksud salinan arkib awam yang digunakan dalam penerbitan buku/dokumentari/filem dan sebagainya.


Permohonan sebagai Pengguna Arkib

  1. Individu yang hendak menggunakan kemudahan penyelidikan arkib awam sama ada dalam talian atau hadir di Dewan Penyelidikan, hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah melalui Borang Pendaftaran dalam talian sebagai pengguna arkib.

  2. Maklumat yang diisi di dalam Borang Pendaftaran ini mestilah betul dan lengkap.

  3. Individu yang telah diterima sebagai pengguna arkib akan diberi Nombor Pendaftaran melalui Pengesahan Pendaftaran yang dihantar melalui emel.

  4. Pengguna arkib perlu mengemas kini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan.

  5. Pendaftaran akan membolehkan pengguna arkib:
    • Melaksanakan carian bahan dalam talian.
    • Lihat sepuluh paparan pertama daripada paparan penuh dokumen digital atau 50% daripada paparan penuh bagi dokumen digital yang kurang daripada sepuluh muka surat.
    • Menonton 90 saat klip bagi bahan visual secara percuma.
    • Mendengar 120 saat klip bagi bahan audio secara percuma.
    • Boleh membuat tempahan bahan fizikal secara dalam talian sebelum hadir di Dewan Penyelidikan untuk rujukan.

  6. Pengguna Arkib yang hadir di mana-mana Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran pengguna arkib sebelum dibenarkan masuk.

  7. Pengguna Arkib yang tidak patuh pada Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), serta peraturan yang berkaitan dengannya boleh disenarai hitamkan dan dibatalkan pendaftarannya.

Permohonan sebagai Pelanggan Arkib
  1. Pengguna Berdaftar boleh memohon sebagai Pelanggan Arkib sekiranya ingin menikmati kemudahan rekod digital dalam talian secara menyeluruh.

  2. Tempoh sahlaku Pelanggan Arkib adalah selama satu tahun.

  3. Pelanggan Arkib akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 / USD10 untuk tempoh satu tahun.

  4. Permohonan pembaharuan sahlaku sebagai Pelanggan Arkib hendaklah dilaksanakan satu bulan sebelum tarikh luput.

  5. Pelanggan Arkib boleh menikmati kemudahan seperti:
    • Carian bahan dalam talian.
    • Melihat paparan penuh dokumen digital.
    • Menonton paparan penuh bahan visual.
    • Mendengar keseluruhan maklumat daripada bahan audio.
    • Boleh memuat turun bahan digital dan mematuhi peraturan fi yang ditetapkan.
    • Boleh membeli bahan digital secara pukal.

  6. Boleh membuat tempahan bahan fizikal secara dalam talian sebelum hadir di Dewan Penyelidikan untuk rujukan.

  7. Pelanggan Arkib bersetuju tidak akan menuntut mana-mana hak(cap dagangan dan hak milik) ke atas kandungan digital yang dibeli.

Penggunaan / Salinan Arkib Awam
  1. Bahan atau salinan arkib awam hanya boleh digunakan untuk tujuan rujukan dan penyelidikan sahaja.

  2. Mana-mana salinan bahan arkib yang digunakan untuk tujuan komersil hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Pengarah dan menyatakan sumber bahan dengan jelas.

  3. Salinan bahan arkib yang sama tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah.

  4. Penggunaan arkib awam di Dewan Penyelidikan adalah tertakluk kepada Peraturan di Dewan Penyelidikan.

Penyalinan dan Penghasilan Semula Bahan Arkib
  1. Sebarang penyalinan arkib awam adalah tertakluk kepada Akta Arkib 2003 (Akta 629) dan Peraturan - peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005.

  2. Arkib awam yang dihasilkan semula bagi tujuan komersial hendaklah dinyatakan sumber daripada Arkib Negara Malaysia dengan jelas.
    Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
    Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
    Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 dengan resolusi 1024 X 768
    Jumlah Keseluruhan Pelawat
    53176 (23)