Khamis, 24 Ogos 2017 
Saiz Font :
logo-ofa

Terma Dan Syarat Online Finding Aid

Pendaftaran
  1. Individu yang hendak menggunakan kemudahan yang disediakan secara dalam talian, hendaklah terlebih dahulu mendaftar menerusi borang pendaftaran yang disediakan.
  2. Pendaftaran adalah percuma dan sekali sahaja seumur hidup serta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ANM.
  3. Pengesahan pendaftaran akan dihantar secara automatik ke alamat email yang dinyatakan di dalam borang pendaftaran.
  4. Pengguna Berdaftar bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsian ID pengguna, kata laluan dan penggunaan akaun sama ada dibenarkan atau tidak oleh pengguna berdaftar.
  5. ANM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami akibat daripada penggunaan akaun tanpa kebenaran Pengguna Berdaftar.
Pihak ANM berhak untuk menyekat dan/atau membatal pendaftaran yang telah dibuat untuk tujuan keselamatan atau maksud lain yang ditentukan oleh ANM.

Langganan
  1. Pengguna Berdaftar yang hendak membeli kandungan digital daripada portal OFA secara dalam talian perlu membayar fi langganan sebanyak RM 10 terlebih dahulu.
  2. Tempoh sahlaku langganan adalah selama setahun.
  3. Pendaftaran langganan perlu dibuat menggunakan borang langganan yang disediakan.
  4. Fi langganan boleh dibayar melalui kad kredit semasa pendaftaran langganan secara dalam talian dibuat. Resit bayaran akan dihantar melalui emel yang didaftarkan. Tiga (3) hari dari tarikh bahan diambil (rujuk)
  5. Pelanggan Arkib yang melanggan langganan boleh menikmati lain-lain perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia
  6. Langganan tidak diperbaharui secara automatik. Untuk menyambung langganan, Pelanggan Arkib perlu membuat bayaran fi mengikut pilihan tempoh langganan sama ada sebelum atau selepas tamat langganan yang terdahulu.
  7. Fi langganan yang dibayar adalah untuk tempoh langganan yang dipilih. Pelanggan Arkib tidak boleh membatalkan langganan atau memberhentikan langganan sebelum tamat tempoh.
  8. Dengan melanggan langganan Arkib Negara Malaysia ANM, Pelanggan Arkib bersetuju bahawa Arkib Negara Malaysia ANM tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung liabiliti atau kos kerugian disebabkan masalah atau kegagalan menggunakan perkhidmatan yang berpunca daripada Pelanggan Arkib sendiri atau penyedia perkhidmatan internet atau masalah yang berlaku di luar kawalan Arkib Negara Malaysia
Penggunaan Kandungan Digital
  1. Penggunaan kandungan digital menerusi portal OFA adalah tertakluk kepada Peraturan Rujukan Dan Akses Arkib Awam 2012.
  2. Pelanggan Arkib bersetuju bahawa Kandungan Digital yang berjaya dimuat turun daripada Portal OFA tidak akan digunakan sebagai cap dagangan atau bagi apa-apa maksud penggunaan yang menyalahi undang-undang, penggunaan yang lucah, atau untuk memfitnah manamana orang, atau melanggar hak privasi, publisiti atau moral, atau melanggar hakcipta mana-mana nama dagangan atau tanda dagangan mana-mana orang atau entiti.
  3. Pelanggan Arkib bersetuju tidak akan menuntut mana-mana hak(cap dagangan dan hak milik) ke atas kandungan digital yang dibeli.
Penghasilan Semula Kandungan Digital
  1. Kandungan digital yang dimuat turun menerusi portal OFA Arkib Negara Malaysia hanya boleh digunakan oleh untuk tujuan rujukan dan penyelidikan oleh pelanggan Arkib yang berdaftar sahaja.
  2. Pelanggan Arkib yang hendak menggunakan kandungan digital yang dimuatturun bagi tujuan komersil seperti penyiaran, pameran, penerbitan atau pengiklanan di mana-mana media samada di media elektronik atau media cetak perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.
  3. Bagi tujuan ini, pelanggan arkib dikehendaki mengisi Borang Perjanjian Penggunaan Kandungan Digital Untuk Tujuan Komersil yang telah yang disediakan secara dalam talian menerusi portal OFA. Pelanggan Arkib perlu menyatakan dengan jelas tujuan kandungan digital yang hendak digunakan secara komersil.
  4. Borang Perjanjian Penggunaan Kandungan Digital Untuk Tujuan Komersil yang telah lengkap diisi dan ditandatangani, boleh dihantar melalui pos, e-mel atau faks pada alamat yang dinyatakan seperti di bawah:-

    Arkib Negara Malaysia
    Jalan Duta, 50480,
    Kuala Lumpur
    Faks : 03-6201 5679
    JLIB_HTML_CLOAKING
Hak Cipta Kandungan Digital
Sebahagian daripada kandungan digital yang terdapat di Portal OFA mempunyai hak cipta. Oleh itu, Pelanggan Arkib bertanggungjawab untuk mengenalpasti pemilik hak cipta dan mendapatkan kebenaran sebelum membuat penggunaan kandungan digital dalam apa jua cara. 

Polisi Pembatalan
  1. Pelanggan Arkib tidak dibenarkan membuat pembatalan sama ada ke atas pembayaran fi langganan ataupun pembayaran kandungan digital yang telah dibuat.
  2. Wang tidak boleh dikembalikan selepas bayaran dibuat. Tiada jaminan pemulangan wang oleh Arkib Negara Malaysia
  3. Sebarang pindaan mengenai polisi pembatalan adalah di bawah kuasa mutlak Arkib Negara Malaysia
Tempahan Kandungan Digital
  1. Pelanggan Arkib boleh membuat tempahan bagi mendapatkan kandungan digital bahan arkib awam yang masih dalam bentuk analog yang telah dikenalpasti daripada keputusan carian yang dibuat di Portal OFA.
  2. Bagi tujuan ini, Pelanggan Arkib dikehendaki mengisi Borang Tempahan Kandungan Digital yang disediakan secara dalam talian.
  3. Borang Tempahan Bahan Arkib yang telah lengkap diisi, boleh dihantar melalui pos, email atau fax pada alamat yang dinyatakan seperti di bawah:-

    Arkib Negara Malaysia
    Jalan Duta, 50480, Kuala Lumpur
    Faks : 03-6201 5679
    JLIB_HTML_CLOAKING
  4. Pihak Arkib Negara Malaysia akan menghubungi Pelanggan Arkib yang membuat tempahan kandungan digital melalui email bagi pengesahan tempahan.
  5. Pelanggan Arkib boleh membuat pembayaran bagi tempahan yang dibuat mengikut terma pembayaran seperti yang dinyatakan di Perkara(8) selepas menerima invois yang dikeluarkan oleh pihak ANM.
  6. Tempahan kandungan digital adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Terma Pembayaran
  1. Semua transaksi pembayaran secara dalam talian menerusi Portal OFA Arkib Negara Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) bagi pembayaran yang dilakukan di dalam negara dan US Dollar (USD) bagi pembayaran yang dilakukan dari luar negara (Malaysia).
  2. Pembayaran bagi pembelian Kandungan Digital Arkib Awam boleh dilakukan menerusi kaedah berikut :-
    1. Bayaran dengan kad kredit / Pembayaran Secara Dalam Talian
    2. Bayaran dengan cek - Bayaran cek hendaklah dibuat atas nama “Arkib Negara Malaysia”.
    3. Bayaran dengan Wang Pos (postal order)/Kiriman Wang(money order - Bayaran hendaklah dibuat atas nama ““Arkib Negara Malaysia”.
  3. Arkib Negara Malaysia tidak akan memproses tempahan kandungan digital yang dibuat sekiranya Arkib Negara Malaysia ANM tidak menerima bayaran penuh daripada Pelanggan Arkib.
  4. Sekiranya Arkib Negara Malaysia ANM tidak menerima pembayaran penuh dalam masa 30 hari daripada tarikh tempahan dibuat, pihak Arkib Negara Malaysia berhak untuk membatalkan tempahan berkenaan.
  5. Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap segala kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh Pelanggan Arkib untuk semua transaksi pembayaran berhubung dengan sebarang kesilapan, kegagalan elektrik, kerosakan sambungan Internet, virus komputer, kegagalan sistem atau lainlain faktor di luar kawalan Arkib Negara Malaysia yang timbul semasa proses pembayaran menerusi kad kredit dilakukan.
Perkhidmatan Penghantaran Pos
  1. Arkib Negara Malaysia akan,menghantar kandungan digital yang ditempah oleh Pelanggan Arkib dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembayaran penuh dibuat.
  2. Caj Penghantaran yang dikenakan adalah bergantung kepada berat dan destinasi penghantaran dan di tanggung oleh Pelanggan Arkib.
  3. Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab bagi sebarang kelewatan atau kehilangan semasa perkhidmatan penghantaran pos.
Harga
Harga yang dipaparkan di Portal adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Arkib Negara Malaysia (Fi) 2005 Pindaan 2012.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
53176 (23)