Khamis, 18 April 2024 
Saiz Font :
logo-ofa

Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh dirujuk bagi Suku Keempat 2012 di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri, Arkib Negara Malaysia.

Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarluaskan maklumat yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara.

Antara langkah yang diambil bagi memberikan kemudahan tersebut ialah dengan menyediakan Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun. Senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan penyelidik. Walau bagaimanapun rujukan kepada fail-fail ini masih tertakluk kepada Rahsia Rasmi di mana fail-fail terperingkat yang belum diturun taraf tidak dibuka untuk rujukan penyelidik.

Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku keempat tahun 2012, sebanyak 248 kumpulan Arkib/Rekod yang mengandungi 1,204 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk.

Semua maklumat lanjut berkaitan fail-fail tersebut boleh diperolehi dengan melayari portal arkib di www.arkib.gov.my pada capaian carian bahan arkib atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia yang teletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di Cawangan Negeri.

  1. Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh dirujuk di Ibu Pejabat
  2. Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh di rujuk di Cawangan-cawangan Negeri :-
    1. Cawangan Kedah/Perlis
    2. Cawangan Pulau Pinang
    3. Cawangan Perak
    4. Cawangan Melaka
    5. Cawangan Pahang
    6. Cawangan Terengganu
    7. Cawangan Kelantan
    8. Cawangan Sabah
    9. Cawangan Sarawak

Pengumuman Baru : Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan

Pengenalan

Objektif utama perkhidmatan ini ialah untuk menyebarluaskan maklumat yang ada di Arkib Negara Malaysia kepada umum bagi melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan cintakan negara.
Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan-kemudahan rujukan untuk bahan-bahan arkib dan juga bahan-bahan perpustakaan.

Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan

Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Hari Masa
Isnin dan Jumaat 9.00 pagi - 3.00 petang
Selasa hingga Khamis 9.00 pagi - 3.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

  1. Dewan Penyelidikan
    Bagi kemudahan dan keselesaan para penyelidik, sebuah Dewan Penyelidikan yang luas disediakan, dilengkapi dengan kerusi dan meja yang boleh memuatkan 150 orang penyelidik dalam satu masa. Dewan Penyelidikan ini juga dilengkapi dengan Kaunter Perkhidmatan, Bilik Panducari dan Komputer.
  2. Bilik Mikrofilem
    Bilik ini dikhaskan bagi penyelidik-penyelidik yang ingin merujuk kepada bahan arkib yang terdapat dalam bentuk mikrofilem.
  3. Bilik Audio Visual
    Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan.
  4. Kemudahan Merezab Bahan (contoh Borang Rezab)
    Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan.
  5. Kaunter Pendaftaran
    Kaunter Pendaftaran disediakan untuk memudahkan penyelidik membuat pendaftaran.
  6. Kaunter Perkhidmatan
    Kaunter Perkhidmatan ialah untuk memudahkan penyelidik berurusan dengan Petugas Kaunter.
  7. Bilik Rundingcara
    Bilik ini disediakan untuk membolehkan penyelidik boleh berinteraksi dan berbincang dengan Pegawai Petugas untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan keterangan.
  8. Locker dan Ruang Rehat
    Dibahagian luar Dewan Penyelidikan, disediakan locker dimana penyelidik boleh menyimpan barang-barang mereka dan ruang rehat untuk penyelidik berehat sambil menontoh TV. Bahan-bahan bacaan ringan seperti suratkhabar, serta majalah-majalah boleh didapati di Perpustakaan Jabatan di Tingkat M, bangunan yang sama.
  9. Perkhidmatan penyalinan yang disediakan
    1. Perkhidmatan salinan xerox
    2. Salinan Mikrofilem Off-Print
    3. Salinan Gambar
    4. Salinan Mikrofilem

Laporan Lawatan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Klang Ke Galeria Sri Perdana

Pada  30 Oktober 2012 (Selasa), seramai 72 pelajar bersama 8 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Klang, Selangor telah membuat lawatan  di Galeria Sri Perdana.

Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk memberikan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai pemimpin Negara Malaysia khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikenali sebagai “Bapa Pembangunan Malaysia”.

Taklimat ringkas mengenai Galeria Sri Perdana telah disampaikan oleh Puan Mariatul Zaihan bt Md. Taib, Pengurus Galeria Sri Perdana. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mencantum puzzle dan kuiz yang diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan patriotik dikalangan pelajar.

Laporan Program Kembara Memorial 1Malaysia Bersama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah

Arkib Negara Malaysia melalui Bahagian Arkib Negarawan dengan kerjasama Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah telah mengadakan Program Kembara Memorial 1Malaysia bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada 8 September 2012. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs En Ihsan Haji Hassan, Pengarah Arkib Negarawan, Arkib Negara Malaysia.

Seramai 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari MRSM Alor Gajah, MRSM Terendak, MRSM Pontian, MRSM Gemencheh, MRSM Serting dan Sekolah Menengah Kebangsaan Naning, Melaka telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan peluang kepada para pelajar mengenali dan menghargai jasa-jasa tokoh negarawan, mengenali tempat-tempat bersejarah di sekitar Melaka selain untuk meningkatkan pembangunan jati diri para pelajar.

Program Kembara berbentuk “Explore Race” ini telah memberi ruang dan peluang kepada setiap peserta untuk menerokai beberapa tempat bersejarah di sekitar kawasan tapak bersejarah di Banda Hilir Melaka seperti Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan Kota A Famosa. Aktiviti sampingan seperti mencari Jalur Gemilang tersembunyi, menjawab soalan kuiz serta menyelesaikan puzzle tokoh-tokoh negarawan turut menyemarakkan lagi program kembara ini.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
186102 (89)