Selasa, 16 April 2024 
Saiz Font :
logo-ofa

Dasar Privasi

Arkib Negara Malaysia komited untuk memastikan Dasar Privasi ini dipatuhi mengikut standard keselamatan tertinggi dan kerahsiaan maklumat. Dasar Privasi ini adalah bagi penggunaan dan perlindungan ke atas sebarang maklumat yang diberikan. Kedua-dua pihak bertanggungjawab melindungi data peribadi yang didaftarkan. Ciri-ciri perlindungan yang dimaksudkan adalah:

  1. Nama pengguna dan kata laluan
    Setiap pengguna akan mempunyai ID Pengguna dengan kata laluan unik untuk mengakses akaun mereka sendiri. Tanpa pengenalan diri yang sah, pengaksesan kepada aplikasi ini adalah dinafikan. ID Pengguna adalah alamat e-mel yang didaftarkan manakala kata laluan didaftar menggunakan kombinasi abjad, nombor dan simbol (8 – 12 aksara).

  2. Data peribadi pengguna
    Semua maklumat peribadi yang diberikan semasa pendaftaran adalah untuk kegunaan rasmi Arkib Negara Malaysia sahaja.
Pindaan Dasar
Sebarang pindaan kepada Dasar Privasi ini akan dikemas kini dan berkuatkuasa serta-merta.

Dasar Keselamatan

Arkib Negara Malaysia (ANM) komited dan patuh kepada Dasar Keselamatan ICT Aplikasi Online Finding Aids bagi memastikan bahawa semua transaksi yang dilaksanakan melalui perkhidmatan dalam talian ini adalah selamat, sulit dan dilindungi.

Sebarang pautan kepada aplikasi Online Finding Aids atau sebaliknya tidak dibenarkan sama sekali. Menyebarkan maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman, menceroboh dan percubaan untuk menggodam atau apa-apa yang menjejaskan reputasi ANM dan perkhidmatan awam adalah dilarang.

Pelanggaran kepada Dasar Keselamatan di atas boleh dikenakan tindakan berdasarkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan 1986), Undang-undang Siber Malaysia, Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 dan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629).

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Terma & Syarat
Penafian Pihak Kerajaan dan Arkib Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Sesuai dipapar menggunakan Chrome, Mozilla Firefox versi 3.0 dan IE versi 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Jumlah Keseluruhan Pelawat
185850 (63)