Friday, 19th April 2024 
Font Size :
logo-ofa

Promotion Documents

Land Acquisition Agreement For Federated States of Malay Railway Line Transversing Malacca, March 29 1898.

promosi-dokumen-03 Title : Land Acquisition Agreement For Federated States of Malay Railway Line Transversing Malacca, March 29 1898
Description :

Perjanjian ini ditandatangani antara Residen Jeneral Persekutuan Tanah Melayu yang mewakili negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan kerajaan British pada 29 Mac 1898. Ia tertakluk di bawah peruntukan Ordinan No. VI, 1890 dan No.I, 1898 berkaitan cadangan tambahan kepada laluan ker­eta api sedia ada (Taiping –Ulu Sepetang) terus ke Prai di dalam Jajahan Province Welleslley.

Identifier Number : 2006/0038839

Elephants from the thick jungle have been messing the new railway lane run through Pahang and Kelantan

promosi-dokumen-04 Title : Elephants from the thick jungle have been messing the new railway lane run through Pahang and Kelantan
Description : Suratkhabar ini mengandungi sekeping gambar mengenai Malaya di muka surat 468. Ia menceritakan mengenai landasan keretapi yang baru dibuka antara Pahang dan Kelantan yang melalui hutan tebal dan kerap diganggu oleh gajah liar. Untuk mengatasi masalah ini, longkang berukuran 6 kaki lebar dan 7 kaki dalam digali supaya gajah-gajah liar tersebut tidak dapat merosakkan kuarters keretapi.
Identifier Number : 2012/0001768
Original Media : Suratkhabar

Bring ‘em Back alive

promosi-dokumen-05 Title : Bring ‘em Back alive
Description :

Suratkhabar ini mengandungi artikel mengenai Tanah Melayu di muka surat 116 bertajuk “Bring ‘em Back alive”. Artikel ini mengandungi gambar-gambar binatang liar yang diambil oleh Frank Buck, seorang pemburu binatang liar untuk tujuan pertunjukan. Antara tempat beliau berburu ialah di kawasan hutan Malaya.

Identifier Number : 2012/0001767

Notis Bagi Menangkap Tuboh Tok Janggut

promosi-dokumen-02 Title : Notis Bagi Menangkap Tuboh Tok Janggut
Description : Kerajaan Kelantan telah mengeluarkan beberapa helai notis kepada penentang-penentang British yang diketuai oleh Tok Janggut. Antara notis yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang bertarikh 20 Mei 1915 meminta agar semua nama-nama penentang anti-British yang telah disenaraikan supaya menyerah diri. Tawaran wang juga diberi kepada sesiapa yang dapat menangkap atau menyerahkan mereka kepada kerajaan negeri dan jumlahnya berbeza-beza mengikut individu. Sebanyak $ 500 telah ditawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap Tok Janggut.
Identifier Number : 2006/0038839

Guguskatan Jawa - Melayu

promosi-dokumen-01 Title : Guguskatan Jawa - Melayu
Description : Bahan berbentuk terbitan ini diambil dari koleksi Surat Persendirian Datuk Abdul Majid bin Muhammad (SP. 14/5/3/15) hasil susunan Mejar Datuk Haji Mohd Sa’id P.B.J, (1876-1955) di Johor Bharu dengan cetakan pertamanya dalam tahun 1939. Bahan ini mengandungi perkataan-perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat Melayu dan Jawa serta di dalam persuratan buku Diraja Johor. Bahan ini juga tidak menentukan asal mahupun peminjam perkataan-perkataan tersebut. Ia mengandungi 35 halaman bercetak termasuk muka hadapan dengan saiz fizikalnya 20cm x 14cm.
Identifier Number : 2006/0038839

Privacy Policy | Security Policy | Terms and Conditions |
The Government and the National Archives of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Companies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as companies recommended by the National Archives of Malaysia
Best viewed in Chrome , Mozilla Firefox 3.0 & IE 9.0 and above with 1024x768 resolution.
Total visitor
186154 (36)